ASNB Umum Dividen Dan Bonus ASB Sebanyak 8.25 Sen


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) umumkan agihan sebanyak tujuh sen seunit sertaBONUS tabungan sebanyak 0.25 sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputra (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Disamping itu, bersempena 40 tahun PNB, pemberianBONUS Ulang Tahun Khas sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, secara keseluruhan pemegang unit ASB bakal menerima 8.25 sen seunit dan jumlah pengagihan keseluruhan adalah RM10.7 bilion yang memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

Jelasnya, pada 1 Januari 2018, unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus akan dikredit kepada pemegang unit mankala bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018.