Banjir melanda Pulau Pinang korbankan 7 orang setakat ini

GEORGE TOWN – Banjir besar melanda Pulau Pinang telah melumpuhkan seluruh negeri tersebut dengan mengorbankan 7 orang mangsa setakat ini. Hujan lebat dan ribut petir yang melanda Pulau Pinang sejak pukul 2 petang pada 4 November 2017  berserta air laut pasang telah mengakibatkan situasi banjir di negeri tersebut menjadi bertambah buruk.
Kredit : Malaysiakini

Banjir besar ini telah mengorbankan seorang warga emas berusia 75 tahun, Amanullah Shahib Kalandir yang telah lemas di dalam rumahnya. Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Anuar Omar dalam kenyataannya di Malaysiakini berkata, pasukan bomba dan penyelamat telah menemui dan mengeluarkan mayat warga emas ini dan mengalihkan jenazah mangsa ke Masjid Hashim Yahya yang menjadi tempat penempatan sementara kepada mangsa yang terlibat.

Kredit : Astro Awani
Dua orang lagi warga emas yang telah terkorban ialah Lau Guek Jee yang berusia 64 tahun yang telah ditemui lemas di dalam rumah penjagaan warga emas Jalan P Ramlee Paschal dan Chew Eng Lean yang berusia 78 tahun. Mayat mereka telah dibawa oleh anggota bomba dan penyelamat ke penempatan sementara di Masjid Hashim Yahya.
Seorang lagi warga emas, Chong Sin Thon yang berusia 97 tahun ditemui lemas kerana telah terperangkap di dalam kediamannya.


Kesemua warga emas ini ditemui lemas di beberapa lokasi iaitu di Lilitan Hargreaves, Jelutong, Jalan Shaik  Madar , Air Itam dan Jalan Perak.
Seorang warga Bangladesh adalah mangsa pertama yang dijumpai oleh pasukan bomba dan penyelamat apabila mangsa ditemui maut akibat di hempap pokok di rumah sewanya di Bagan Dalam, Seberang Prai. Seorang rakan serumahnya  yang juga warga Bangladesh masih dilaporkan hilang.
Manakala dua mayat mangsa telah ditemui pada petang 6 November 2017 di Jalan Mata Kucing, Air Itam dan di hadapan Stadium Bandaraya. Mangsa dikenali Tan Ah Keow berusia 45 tahun manakala seorang  lagi mangsa lelaki yang masih belum dikenalpasti.
Kredit : Kelvyn Yeang

Banjir kilat di Pulau Pinang telah mengakibatkan banyak kediaman dan premis perniagaan dinaiki air dan telah merosakkan harta benda dan kenderaan. Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan telah berlaku dan merosakkan rumah kediaman.
Kredit : Kelvyn Yeang
Banyak pokok telah tumbang akibat angin yang bertiup kencang.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  kepada Bernama, akibat hujan lebat dan banjir yang belum reda, setakad 6 petang semalam seramai 3,365 orang mangsa telah ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara di lima buah daerah. Katanya lagi, daerah Seberang Prai Utara adalah kawasan yang paling teruk terjejas.
Hospital Seberang Jaya  juga telah dinaiki air, tetapi keadaan masih terkawal dan tiada pesakit yang dipindahkan.
Bernama melaporkan, sebuah feri di Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth telah mengalami sedikit kerosakan akibat dipukul ombak setinggi 3 meter dan melanggar bahagian W6 dermaga air dalam. Terminal Feri dijangka beroperasi seperti biasa seawal hari ini.
Seumber: Astro Awani, FMT