Bestnya ada bantal boleh design sendiri !


Dari kecik, aku memang tak pernah ada bantal busuk yang mungkin semua orang ada dulu (?) hahaha. So setiap kali aku tidur tak kisah lah kat rumah ke, dalam kereta ke, kat kampung ke aku pakai je bantal mana yang ada. Selesa tak selesa tu lain cerita. Aku pun pelik dengan adik aku yang selalu hurung bantal feveret dia ke hulur ke hilir lagi-lagi kalau pegi family holiday.

Tapi bila aku dah ada bantal yang di'design' kan (act aku sendiri yang design muahahahaha) nama aku sendiri, aku rasa aku bakal jadi manusia yang akan hurung bantal 'feveret' ke mana juga kot. Gila ko tak feveret dah ada nama sendiri, bantal dia gebu pulak tu. Rasa macam syok pulak ada bantal nama sendiri. So lepas ni kalau berebut bantal dengan orang lain (especially adik-beradik aku laa) bolehlah aku mengaku bantal tu memang bantal aku muehehehe.


Tak tau laa kenapa tapi ni antara bantal paling best yang pernah jadi peneman tidur aku hari-hari kat hostel. Tengok gambar pun macam comfortable gila kan bantal ni? Housemate pun ramai tegur, "Sejak bila kau ada bantal ni? Lawanyaaa!"

Material luar kain bantal ni memang best. Aku rasa macam material polyester laa kot hahah tapi kain dia memang best. Jahitan pun kemas, design dan warna dia pun lawa gila okay. Kalau baca review dari customer lain yang pernah order bantal macam aku ni pun semua memang akan cakap yang material dia memang high quality gila. Dah habis ayat dah aku nak bagitau betapa gilanya bantal ni. Aku tidur ada dua jam loceng pun tak bangun-bangun sebab sedap betul peluk bantal.


Sarung bantal ni boleh cabut je in case nak cuci ke or apa. Zip dia pun okay je.


See? Jahitan dia lawa and kemas gila.

Mesti tertanya-tanya kan mana aku beli customade design bantal macam ni? Kat mana lagi kalau bukan dekat Printcious. Before this, aku pernah review pasal website printcious ni, korang bukan sahaja boleh design bantal macam aku punya kat atas tu tapi juga boleh design anything else like mug, tshirt, totebag, canvas dan lain-lain.

Guess what? Aku order bantal ni, seminggu je dah sampai kat tangan aku. Gila tak lembap servis diorang. Yelaa diorang nak kena design lagi, printing lagi, baru boleh buat postage kan? So that's mean kalau korang tengah urgent nak cari hadiah kahwin ke, hadiah birthday ke, order je dengan printcious. Macam-macam ada.

Bab design pun jangan risau, guna je tools apa yang ada kat website printcious tu. InshaAllah hadiah korang takkan pernah tak menjadi hahaha.