Checkup mengandung di swasta atau kerajaan

Checkup mengandung di swasta atau klinik kerajaan. Mana lebih baik?

Aku rasa ramai sekarang lagi suka ke klinik atau hospital swasta untuk checkup pregnant. Rata-rata yang share bagitau sebab malas nak tunggu lama atau ambil cuti kalau checkup di klinik kesihatan kerajaan. Kalau di swasta boleh buat appoinment dan boleh pergi weekend so tak perlu ambil cuti. Aku nak share pengalaman aku sendiri yang pernah checkup di klinik kesihatan kerajaan dan juga di swasta. Aku checkup di kedua-dua tempat setiap bulan sepanjang pregnant Asyraf dulu tau. So aku cerita berkisarkan pengalaman sendiri je.




Kenapa aku prefer checkup je dekat dua-dua dulu? Pada asalnya aku pun tak berapa suka pergi Klinik Kesihatan iaitu KK sebab masa tu kena datang awal pagi sebelum KK buka untuk beratur ambil no giliran dan kalau lambat dapat no. sampai ke petang la kena tunggu. Pernah je aku sampai ambil no dan balik dulu lepas tu datang balik pun no masih tak banyak beza. hahahah Itu dulu la sebelum KK tempat aku tu di upgrade. Lagi satu aku rujuk juga swasta sebab swasta akan scan setiap bulan untuk tengok development baby kan, which is masa tu dekat KK tempat aku tu tak ada scan pun. Just mesin heartbeat baby je ada. So masa tu laki aku pun prefer follow up je dua-dua. hahahha Gigih kan.



Checkup Mengandung di Klinik Kesihatan Kerajaan vs Private (swasta)



Lepas dah pernah ada pengalaman kedua-dua ni aku masih akan pilih untuk follow up je kedua-dua sekali kalau mampu dan sebenar nya personally aku lagi prefer checkup mengandung dekat KK. Kenapa?


1) Pertama kali buka buku dan prosedur

Checkup dekat KK kalau yang pertama kali buka buku pink tu akan kena isi form, ujian air kencing, timbang berat, tekanan darah (bp) dan kena ambil darah untuk beberapa ujian. Darah diambil satu tiub picagari tu untuk pertama kali je. Ni untuk tau tahap kesihatan ibu masa tu secara detail.  Prosedur untuk pertama kali tu memang lama sebab banyak ujian yang kena buat kan. Sejarah penyakit keluarga dan sejarah mengandung sebelum tu pun dorang nak rekod. Bagus kan.

Seingat aku masa pertama kali checkup dekat private pula just inform untuk buka buku je. Hanya buat urine test, timbang dan check blood pressure saja dan tunggu no dipanggil lepas tu scan baby macam biasa.

2) Waktu appointment atau check-up

Untuk mengandung kali kedua ni KK kawasan aku ni dah banyak improvement. Follow up checkup ikut appoinment dan seorang nurse akan ambil 3 orang sahaja dalam satu masa. Mula nya aku tak tau so aku datang la awal pagi untuk ambil no sebab ingat macam dulu juga. Kalau ikut appoinment pukul 9pagi. Dulu pun tulis je appoinment pukul 9 tapi still siapa cepat ambil no dia dulu. Kali ni konon pergi awal nak ambil no dulu la sekali bukan. Sampai je letak buku checkup color pink tu dalam bakul dekat kaunter mengikut masa appoinment tertentu. Ada pukul 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan seterusnya.

Nurse KK akan panggil untuk ambil no. giliran ikut masa temujanji korang. Kalau pukul 9 dekat pukul 9 la dia bagi no giliran.

Kalau dekat private pula atau maybe dekat tempat aku checkup tu je kot. Lama ya ampun tunggu no dipanggil. Pregnant kali ni aku pergi ambil no giliran, buat urine test dan check bp pastu aku balik rumah dulu. Biasa aku pergi pukul 8pagi tapi dekat tengahari baru sampai no giliran aku. Ini kira appoinment kot tapi lagi lama tunggu dari KK.

3) Standard prosedur 

Dekat KK kena buat ujian air kencing lepas dapat no giliran. Bagi aku ni bagus la boleh tau tahap glucose (gula) dalam badan. Nanti nurse akan bagi urine test strip dengan bekas untuk buat test tu. Kencing dalam bekas tu dan masukan strip test tu. So far aku tak ada masalah gula so strip tu normal je. Lepas tu tunggu kejap untuk jumpa nurse pula dan masa ni kena timbang berat dan check HB. Alhamdulilah so far hb aku sentiasa cantik dan tinggi je. Cuma berat badan aku je la dari pregnant yang pertama memang naik mendadak hoiii. hahahah

Kalau dekat private pula kena buat ujian air kencing, timbang berat dan tunggu masa untuk scan baby. Yang bagus nya dapat scan la so dapat tau perkembangan baby dalam kandungan. Degupan jantung, saiz dan berat baby semua. Kedudukan baby okay ke tak dan air ketuban macam mana semua. Kalau baby dah besar boleh monitor heart beat baby sekali. Ni yang aku suka check dekat private sebab KK tak buat setiap kali check up.

4) Bayaran dan ubat

Yes ni memang beza dan aku harap orang tak marah aku buat comparison macam ni. Kalau private kena bayar mahal tapi dapat scan baby. Dekat KK ubat pun dia bagi free. So korang rasa kalau diberi pilihan nak checkup dekat mana? Both pun ada pro and con kan.

Dekat KK ada dah scan sekarang cuma kalau tak ada masalah tak perlu scan setiap bulan cuma yang kandungan berisiko dan ada sejarah je kena follow scan appointment doktor KK.



Ini adalah review dari pengalaman diri sendiri tau. Mungkin dekat klinik lain berbeza cara dan prosedurnya.