Zaman sekarang ni tak susah untuk memiliki telefon pintar. Telefon pintar itu sendiri sudah diterima sebagai satu barang dalam kategori keperluan oleh umum.
Banyak cara untuk membeli telefon pintar, pertama anda boleh membeli secara tunai, ke-dua anda boleh membeli menggunakan kad kredit, dan yang terakhir membeli fon secara ansuran melalui pakej pelan internet yang ditawarkan oleh syarikat telko tempatan.
Memperkenalkan pelan ansuran selama 24 bulan Easyphone dari Celcom. Yang menariknya tentang pelan baru dari Celcom ini adalah ianya tidak memerlukan penggunaan kad kredit atau bayaran permulaan untuk memiliki fon baru.
Jom kita tengok harga yang ditawarkan oleh pelan Easyphone dari Celcom, cukup mengiurkan ke tak. Dibawah adalah senarai telefon Android yang ditawarkan.
Pada penulis sendiri, pakej Huawei Mate 10 dengan pelan FIRST Gold Plus RM98 dengan ansuran bulanan untuk harga peranti hanya serendah RM75 sebulan dilihat satu pakej yang sangat berbaloi. Jika dikira semula, peranti akan berharga RM1,800, satu subsidi yang agak banyak daripada harga asal iaitu RM2,699.
via GIPHY
Lagi best kalau anda memilih pakej FIRST Platinum Plus RM188, anda tidak perlu membayar harga peranti kerana ianya ditanggung oleh Celcom, bermakna anda akan dapat Huawei Mate 10 secara percuma. Wow!
Pada anda yang tidak memandang telefon Android, Celcom turut menawarkan
iPhone 8 dan iPhone X dalam pakej 'miliki fon idaman dengan mudah' ini.