Dicekik, Dipukul Dan Dibakar Sebelum Di Hantar Ke Pusat Urut


Kajang: Gadis didera selama sebulan oleh penjaganya sebelum berjaya melarikan diri dari sebuah pusat urut tradisional di Semenyih.

Mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan telah digigit, ditumbuk dan dibakar oleh penjaganya.

Pada bulan Mei lalu, mangsa telah diseksa dan dia ditinggalkan di pusat urut itu oleh ibu bapanya, namun dia berjaya meyakinkan pelanggan supaya membantunya melarikan diri ketika memberi khidmat urut di sebuah rumah di Taman Cheras Permata minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa mengadu kepada seorang pelanggan wanita yang hamil, bahawa dia tidak mahu kembali ke pusat itu.

"Pelanggan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari Khamis (21 Disember)," katanya.

Kedua-dua penjaga, berumur 41 dan 54, telah ditahan. Namun, pemilik pusat berusia 54 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana masalah komplikasi jantung.

"Mereka mengaku memukul gadis itu dengan senduk panas, mencekik, menumbuk dan menggigit telinganya," kata ACP Ahmad Dzaffir.

Jelasnya, mangsa adalah yang kedua daripada lapan adik beradik, dan ditinggalkan di pusat oleh ibu bapanya yang tidak mampu menjaganya.

"Mereka berharap gadis itu dapat berdikari dan menjaga dirinya sendiri.

"Bagaimana pun gadis tersebut selalu menangis yang menyebabkan penjaga itu marah dan menyalah gunakannya," katanya.

Selain didera, mangsa turut mendakwa bahawa dia telah dirogol ketika mula tiba di situ.

"Gadis itu mendakwa dia dihantar ke pusat urut tradisional di Sri Petaling, Kuala Lumpur dan dia terpaksa mengadakan hubungan seks dengan seorang pelanggan lelaki" katanya.

ACP Ahmad Dzaffir menambah bahawa polis Brickfields sedang menyiasat tuduhan rogol.