BEKAS Pengurus Besar Projek dan Servis Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM), Dr Shahanom Uthman, 53, dikenakan hukuman penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan menerima rasuah lebih RM1 juta termasuk sebuah kereta mewah empat tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahanom selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah
memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 26 tahun jika gagal membayar denda itu.Mahkamah
turut memerintahkan barangan peribadi seperti kereta mewah, cincin, beg
tangan dan jam tangan jenama Tag Heuer tertuduh dilucutkan hak dan
diserahkan kepada kerajaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai.
Hukuman denda itu pula perlu dibayar sebelum 22 Januari depan.
Hakim Azura dalam keputusannya berkata, pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh adalah tidak konsisten dan hanya penafian semata-mata.
Dia didapati bersalah menerima wang tunai RM940,000 dan sebuah kereta BMW bernilai RM140,000 daripada Pengarah syarikat Bima Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Pang Abdullah dan pekerja syarikat itu, Tee Boon Chun, sebagai upah untuk memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.
Shahanom didakwa melakukan perbuatan itu di lima lokasi tempat letak kereta iaitu di bangunan Starhill Gallery, KL Festival City, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar antara 11.30 pagi dan 9 malam, antara 5 Disember 2013 dan 18 Disember 2014.
Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Shahanom diperintahkan membela diri atas lapan pertuduhan dari 14 dakwaan yang dikenakan terhadapnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani manakala tertuduh diwakili peguam Fahmi Abdul Moin dan Mohd Rafique Rashid Ali.
Berita berkaitan
Didakwa terima rasuah hampir RM2 juta, BMW