#7 LOKASI “TERSEMBUNYI” DI LOMBOK, INDONESIA YANG AKAN BUATKAN KORANG TERPUKAU! #7 lokasi “tersembunyi” di Lombok, indonesia yang akan buatkan korang terpukau!


lokasi menarik di Lombok, Indonesia
 #7 lokasi “tersembunyi” di Lombok, indonesia yang akan buatkan korang terpukau! | Ada perancangan nak bercuti ke Lombok? Mungkin lokasi yang korang akan pergi nanti adalah lokasi yang dah biasa pelancong pergi. Ahha! Hari ini kami nak kongsikan dengan korang, lokasi menarik di Lombok, Indonesia yang dikatakan masih belum ramai yang tahu dan pastinya! Akan buatkan korang nak datang lagi ke sini, ayuh!

Dikatakan, Lombok kini mula mendapat perhatian dan dikatakan juga, lokasi ini adalah lokasi percutian kedua menarik selepas bali, Indonesia. Kalau korang mencari lokasi percutian yang tidak terlalu sibuk seperti di bali, lomboklah lokasi yang sesuai.

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

#1 :  Pusuk Sembalun

Apa yang menarik dekat taman alam ini adalah pemandangan gunung rinjani. Dekat sini ada 1 port untuk korang lepak sambil menikmati pemandangan indah alam. Jalan untuk sampai ke puncak memang berangin dan katanya boleh lepak-lepak sambil makan dekat atas tu. Cumanya kena hati-hati dengan monyet liar, ok?

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

#2. Gua bangkang.

Gua berusia ratusan tahun ini katanya masih “suci”. Ala, kiranya tak ramai yang tahu lagi la. Lokasi ini memang cantik dan tersangatlah rugi kalau korang tak abadikan gambar korang dekat sini. Dan macam biasalah, kalau dah masuk gua, mesti ada banyak kelawar kan? Jadi ingatan untuk mereka yang nak datang sini, masuk rumah orang, kenalah hormat. Jangan buat bising ke, main mercun ke, ada faham? Hehehe.

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

#3. Bukit pengasingan.

Orait. Ini adalah salah satu pemandangan paling indah dekat Lombok. Pemandangan daripada atas ni tak ubah macam tengok frame gambar yang besar! Seluas alam besarnya. Hakikatnya, inilah pemandangan yang paling indah buat mereka yang sampai ke sini.

Eh! Untuk sampai ke atas, kena ambil masa lebih kurang 4 jam! Tapi memang berbaloi bila dapat tengok pemandangan sawah padi yang berwarna warni dan pemandangan gunung. Allahu. Cantiknya!

#4. Air terjun gangga.

Orait. Terdapat 3 air terjun dekat sini. Dan untuk sampai ke air terjun yang pertama tersangatlah mencabar. Tapi semua itu hilang dengan pemandangan yang cukup indah. Dan air terjun yang kedua pula lebih menarik kerana katanya terletak di dalam gua. Hmm, menarikkan bunyinya? Dan air terjun ketiga pula dikatakan sangat jarang orang datang kerana terletak sangat jauh daripada no 2.

Tapi ada 1 gambar yang cukup menarik. Yang memang rasa nak sangat lepak atas tu sambil update blog. Hehehe. Cuba tengok bawah:

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

#5. Gunung Tunak.

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

Sekali tengok, macam lokasi dekat Australia pun ada, tapi eh, dekat Lombok, Indonesia?? Dekat sini ada 1 menara. Korang boleh panjat dan menikmati pemandangan indah dari atas ni. Menara ni lebih kurang macam pencawang eletrik kat malaysia ni. Jadi kenalah pakai pakaian yang sesuai ya. Jangan bantai pakai skirt, kemudian nak panjat menara ni.

Boleh je kalau korang nak naik pun, terpulang la. Tapi kami tak galakkan la ye. Sebab angin dekat sini memang kuat. Dan kalau korang nak datang sini, bawa makanan siap-siap. Sebab tak ada kedai makan dekat sini ya!

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

#6. Pantai Jagog dalem.

Tak ramai sebenarnya yang tahu pantai ni. Lokasi pantai ni dekat Lombok tengah. Apa yang menarik dekat sini?

Ada 1 kolam “semulajadi” dekat atas batu yang dipenuhi dekat air laut dan kedalaman lebih kurang 1 meter. Mandi dekat kolam ni memang rasa macam mandi dekat kolam infiniti kat resort mewah tu, ha, cubahlah datang!

lokasi menarik di Lombok, Indonesia

#7. Batu payung.

Sekali tengok, macam lokasi pengambaran dalam dewan pun ada kan? Tapi, ini lokasi yang sebenar ya!  terfikir juga kami, kalau lah buat tangga untuk naik atas tu, kemudian buat gazebo besar sikit, uhh, cantik ah!