Kisah Seorang Suami Yang Tidak Menjadikan Kecacatan Sebagai Alasan Untuk Tidak Bekerja.

CHIN Kun On atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Chin bekerja sebagai kontraktor perumahan di Kulim, Kedah sebelum dia terlibat kemalangan pada tahun 2000 yang menyebabkan beliau kehilangan kaki kanannya. Namun, kecacatan bukan alasan untuk Uncle Chin meminta simpati orang ramai dengan cara meminta sedekah.



Menurut Uncle Chin, beliau cuma cacat kaki, bukan otak. Selepas dicadangkan rakan supaya bekerja menjual aiskrim kerana mudah dan lebih sesuai dilakukan, beliau terus nekad belajar menunggang motosikal orang kurang upaya (OKU).
Katanya, inilah kali pertama beliau menunggang motosikal. Sebaik selesai mendapatkan lesen, beliau terus bekerja sebagai penjual aiskrim bermotosikal.


Pengejar Impian Petronas Uncle ChinTERPAKSA HARUNGI 100KM SETIAP HARI

Lebih mencabar, Uncle Chin perlu berulang alik menunggang motosikal sejauh lebih 100km setiap hari dari Kulim ke Selama Kedah, kerana perlu pergi ke lokasi yang difikirkan boleh untung menjual aiskrim.






Tambahnya, tempat paling untung ialah di kawasan sekolah, terutama musim persekolahan kerana aiskrim yang dijualnya cepat habis. Malah, Uncle Chin terpaksa mengharungi segala susah payah itu sendirian memandangkan isterinya tidak dapat bekerja kerana mengidap barah.



Paling penting, Uncle Chin tidak pernah berkrompomi dalam hal penyenggaraan motosikal. Tanpa mengharapkan bantuan ehsan orang lain, Uncle Chin turut berkongsi cara beliau menjaga prestasi enjinnya dengan menukar sendiri minyak enjin jenis PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex setiap 15 hari atau dua kali dalam sebulan.



Setakat ini, beliau berkata, motosikalnya tidak pernah buat hal lagi malahan terasa lebih ringan dan sedap ditunggang. Selain kekuatan semangat, minyak pelincir ini banyak membantu beliau menjalani perniagaan bagi menyara ahli keluarganya.