Lelaki dengan alat pengesan logam menemukan peti kunci tinggalan perang dunia ke-2 dan terkejut dengan isi di dalamnya

 

Seorang lelaki Rusia yang melakukan pencarian dengan pengesan logamnya di lombong kawasan perang ketika Perang Dunia ke-2 terkejut dengan penemuannya. Dia menemui peti kunci kepunyaan askar Jerman yang tidak diketahui.



Beliau menjalankan rutin pencarian barang logam yang tertanam di kawasan yang 70 tahun dahulu merupakan padang bagi peperangan iaitu padang di Nevsky Pyatachok. Padang tersebut tercatat pelbagai peristiwa berdarah seperti peristiwa German Siege of Leningrad sejak dari tahun 1941 sehingga 1943.
Selepas menjalankan aktiviti menggali, dia menemukan peti besi yang berisi dengan barangan yang mengejutkan dirinya.



Barangan yang tedapat di dalam peti tersebut disyaki sebagai barangan milik tentera Nazi yang disimpan dengan rapi oleh pemiliknya.
Pakaian yang dipakai oleh askar Nazi semasa era Perang Dunia ke-2



Turut dijumpai German Reichsmarks, mata wang yang digunakan Nazi German



Barang-barang yang terdapat di dalam peti besi ini menunjukkan pemiliknya merupakan seorang yang mewah, iaitu seorang yang berpangkat pegawai semasa era peperangan tersebut.



Fakta itu di sokong dengan meneliti uniform milik askar Nazi tersebut yang terdapat di dalam peti
 besi itu

.

Jelas bahawa, semasa Perang Dunia Ke-2, yang mana telah berlangsung dari tahun 1939 sehingga 1945 dan telah mengorbankan 1.5 juta nyawa askar Rusia dan orang awam dalam hanya ketika peristiwa German Siege of Leningard yang terjadi selama 872 hari, pegawai-pegawai besar turut membawa kemewahan bersama mereka di padang perang.



Dengan penemuan peti tersebut, ahli sejarawan Perang Dunia Ke-2 boleh meneruskan pencarian data pensejarahan semasa era tersebut bagi kedua-dua pihak, Bersekutu dan Paksi.
Tetapi terdapat juga pendapat bahawa barangan memorabilia tinggalan Perang Dunia Ke-2 yang dijumpai bukanlah asli dan penipuan semata-mata yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.