Cuti sekolah dah nak hampir ke penghujungnya. Akibat dah tepu memikirkan
persekolahan anak-anak dan barang keperluan yang perlu di beli, aku
jadi ketandusan idea nak menulis blog. Apatah lagi anak ketiga aku baru
lepas PT3. Keputusan taklah memberangsangkan dan sebab itu aku bercadang
nak menghantar dia ke Kolej Vokasional. Biar dia mendapat peluang yang
lebih di sana nanti. Belajar di Kolej Vokasional boleh dapat
kemahiran.... ya tak?
Jadi, aku sibuk sungguh mengisi borang dan mencari info berkenaan KV ni di internet. Macam-macam maklumat dan informasi yang aku cari. Bukan apa, untuk memastikan keputusan yang akan di buat nanti menjadi keputusan yang tepat untuk anak aku ni. Kalau tanya pada tuan badan sendiri, semuanya tak ambil kisah. Kalau ikut kehendak dia, semua benda dia tak nak fikir. Aku juga yang kena cari jalan.
Menjejak Peluang Ke Kolej Vokasional .... |
Jadi, aku sibuk sungguh mengisi borang dan mencari info berkenaan KV ni di internet. Macam-macam maklumat dan informasi yang aku cari. Bukan apa, untuk memastikan keputusan yang akan di buat nanti menjadi keputusan yang tepat untuk anak aku ni. Kalau tanya pada tuan badan sendiri, semuanya tak ambil kisah. Kalau ikut kehendak dia, semua benda dia tak nak fikir. Aku juga yang kena cari jalan.
Aku pun kurang pasti apa minat dan kecenderungan dia. Apa yang aku pasti
dia ni seorang yang lincah dan penuh bertenaga. Macam tak pernah duduk
diam. Ada saja perkara dan gerakan yang nak di buatnya dan yang paling
dia minat dengar dan tengok lagu dan cerita Korea. Jadi, camne aku tak
risau... haihh!
Menjejak Peluang Ke Kolej Vokasional ....
Borang aku dah isi hari tu secara online. Kalau dapat, hendak ke, tak
nak ke dia kena ikut cakap aku. Aku dalam proses memujuk jugalah. Tak
nak lah paksa memaksa ni juga. Dah beberapa kali di terangkan kebaikan
masuk KV ni, dia semacam dah mau. Tapi macam biasa, kawan-kawan yang
sama taraf dengan dia di sekolah minta dia tak payah tukar sekolah. Bagi
aku, kalau tak mencari suasana baru, macam tu jugalah pencapaiannya.
Susah nak maju kalau tak nak berubah.
Besar jugalah harapan aku agar dapat masuk KV. Kalau tak dapat, tak
boleh kata apa lagi. Rasanya boleh dapat tu. Keputusan PT3 yang dia
dapat tak lah teruk. Sedang-sedang saja keputusannya tu. Selain tu,
sebenarnya barang-barang dan pakaian sekolah belum beli lagi. Itupun
cukup meresahkan aku. Terkejar-kejar rasanya nak mencari barang sekolah .
Kalau dapat KV lain barangannya pula.