Pihak Nokia semalam telah mengumumkan kerjasama dengan Huawei dalam perjanjian penggunaan paten mereka. Tiada maklumat mengenai nilai bayaran dari pihak Huawei kepada Nokia. Tetapi penganalisa menganggarkan ia mungkin mencecah 100 juta Euro setahun. Selain Huawei, Xiaomi dan Apple turut telah menandatangani perjanjian paten dengan Nokia tahun ini.
Sungguhpun tidak lagi menghasilkan peranti mereka sendiri, semangat Connecting People Nokia masih hidup pada peranti-peranti yang menggunakan teknologi yang dipelopori mereka.