Untuk balas dendam, Tun M dan Pakatan asyik mengungkit tentang kerugian USD39.6 bilion (RM160 bilion) pada 2013-2016 dan satu laporan polis dibuat tentang kerugian ini oleh seorang blogger pro Pakatan yang juga ahli PPBM.
Pakatan terdesak jelas untuk memberi persepsi kononnya kedua-dua insiden forex itu adalah sama walaupun keduanya mempunyai perbezaan ketara. Penjualan mata wang asing yang tertumpu pada dollar Amerika antara 2013-2016 adalah untuk menghentikan kejatuhan ringgit daripada terlalu menjunam.
Tetapi Skandal Forex Tun M pula berlaku kerana mereka perjudikan nilai masa hadapan tukaran mata wang asing menggunakan rizab dan bukannya belian dan jualan tertumpu. Memang agak susah untuk difahamkan dan atas sebab inilah Pakatan terus memesong fakta.
Yang pastinya, kerugian forex pada zaman Tun M adalah besar sehingga kerajaan terpaksa menjual saham MAS, Telekom, TNB dan banyak lagi untuk mengurangkan beban kerugian yang telah menghantui negara selama 10 tahun.