Permainan Politik Tun Mahathir Hampir Tamat Tempoh


■ "Rakus, tamak dan keinginan untuk terus berkuasa...." Itulah Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang masih bernafsu mengejar kekayaan dunia walau pun di penghujung usia. Beliau sanggup berpaling tadah menjadi petualang bangsa menentang parti yang memerdekakan negara dari tangan penjajah. Dan parti ini jugalah yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri ke-4.

■ Biografi Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditulis oleh mendiang Barry Wain di dalam buku berjudul Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times adalah suatu pendedahan perihal  “Dana rahsia” yang dikumpulkan oleh Tun Mahathir selama 22 tahun. Beliau telah menperolehi DANA tersebut berpunca daripada kreativitinya memanipulasi kelebihan yang ada pada parti UMNO.

■ ‘DANA RAHSIA’ yang dimaksudkan adalah kekayaan wang ringgit yang diperolehi hasil memanipulasi syarikat2 milik UMNO atau penubuhan khusus satu syarikat amanah atau 'TRUSTEE COMPANY' berpandukan Fasal 27.2.2. Perlembagaan Parti UMNO. Beliau terjemahkan fasal 27.2 berkenaan terma 'TRUSTEE' atau 'Pemegang Amanah' mengikut acuan tersendiri.

■ Modus operandinya amat mudah;
i(a). Tubuhkan syarikat RM2 (jika belum ada Syarikat yang bersesuaian).
***Jika telah wujud Syarikat yang bersesuaian, ianya terus ke langkah i(b).
i(b). Melantik proksi2 sebagai Pengarah Urusan, Pengarah dan CEO.
ii. Syarikat ini akan diberi projek2 mega atau sebarang projek dari kerajaan untuk dimajukan.
iii. Pembahagian saham 30% proksi dan 70% atas nama Tun Mahathir atau Tun Daim (dengan pilihan).

■ Syarikat2 milik UMNO secara tektikalnya senyap2 diubahsuai menjadi sebuah syarikat korporat yang berupaya menjana pendapatan untuk mereka. Hanya Tun Mahathir, Tun Daim dan orang2 tertentu sahaja yang menyedari hakikat ini.

■ Syarikat2 tersebut  seperti UEM, Hatibudi Sdn Bhd, News Street Times, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, Bank Of Commerce, AMI dan berpuluh2 syarikat milik PERNAS seperti MMC, Hilton, Tradewinds dipindah-milik atau diproksikan kepada kroni2nya dan kroni Tun Daim.

■ Pelaburan untuk syarikat2 ini telah digunakan untuk menyelinap masuk hampir di seluruh sumber2 penting ekonomi Malaysia bagi menjarah dan membolot wang negara untuk kepentingan mereka. Mereka cekap mengawal situasi sekelilingnya sambil menyembunyikan urusan perniagaan dan benefisial mereka. Berbilion2 ringgit telah diperolehi oleh mereka!.  Persoalan: Ke mana hilangnya wang UMNO RM200 bilion?.

■ Apabila i. kes skandal MAS (KHIDMAT NEGARA) TS Tajudin Ramli bersama MAS berlanjutan sehingga ke mahkamah dan ii. kes kronisme dan nepotisme pemberian kontrak pembinaan KLIA yang didedahkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkait rapat dengan penguasaan saham Realmild (M) Sdn Bhd ke atas MRCB berakhir di mahkamah, segala2nya telah membongkarkan satu sandiwara dan lakonan yang menjelaskan perihal 'WAJAH SEBENAR' Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin!.

■ Operasi yang dijalankan oleh Tun Mahathir mempunyai konseptual politik dan percaturan amat licik, di mana jika apa2 yang beliau tidak ingini terjadi atau rahsianya dibongkarkan, nama mereka tetap bersih. Akan tetapi Parti UMNO dipalitkan untuk menerima tanggapan negatif dan persepsi buruk kesan dari wadah perjuangan UMNO yang dilencongkan!. Paling menyedihkan, mereka juga telah menyediakan 'kambing hitam' untuk dikorbankan!.

■ Apabila Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1hb November 2003, beliau sepatutnya menyerahkan harta UMNO yang dipegangnya kepada Perdana Menteri baru, namun situasi tersebut tidak berlaku. Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau hanya diberi 'saguhati' sejumlah RM1.5 bilion sebagai 'umpan' bagi membiayai pilihan raya umum Mac 2004.

■ Namun setelah berlaku percanggahan pendapat tentang beberapa perkara terutama berkenaan "TIDAK BERSETUJUNYA" Tun Abdullah meluluskan  'Projek Jambatan Bengkok' menggantikan sebahagian Tambak Johor di bahagian perairan Malaysia, Tun Abdullah ditentang oleh Tun Mahathir secara habis2an yang akhirnya memaksa Tun Abdullah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

■ Pada April 2009 DS Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau bertekad berusaha untuk  mendapatkan dana sendiri bagi membiayai aktiviti politik parti UMNO dan parti komponen BN serta PRU13. Beliau membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu terikat dengan sesiapa dan tidak mahu tertakluk kepada senarai panjang terma dan syarat2 yang boleh memaksanya memegang watak 'wayang kulit' kepada dalang2 tertentu.

■ Hasrat Tun Mahathir yang ingin meneruskan perlaksanaan 'Projek Pembinaan Jambatan Bengkok' tidak kena pada masanya dan permintaan itu telah ditolak oleh DS Najib. Penolakan projek tersebut menjadi titik mula episod dendam Tun terhadap DS Najib. Ianya menjadi bertambah buruk lagi apabila DS Najib mula mengkaji beberapa projek di zaman Tun Mahathir yang membebankan rakyat dan kerajaan. Projek2 tersebut ternyata telah membazirkan wang negara dan hanya menguntungkan kroni Tun apabila kontrak perjanjian yang dimenterai jelas membelakangi kepentingan rakyat seperti projek Lebuhraya PLUS, IPP, ERL, KLIA1 dll.

■ Maka pada bulan Disember 2014 Tun Mahathir telah memulakan gerakan sulit untuk menggulingkan DS Najib. Beliau juga telah menggunakan rangkaian media antarabangsa seperti WSJ dan Sarawak Report untuk menyerang pentadbiran DS Najib terutamanya syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan iaitu 1MDB. 1MDB dijadikan 'pouching bag' untuk memburuk2kan DS Najib. Sebanyak RM2 bilion dibelanjakan bagi membiayai gerakan tersebut. Namun setiap perancangan Tun telah menemui jalan buntu.

■ Bermula dengan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan TPM dan DS Shafei Apdal dari anggota Menteri Kabinet, pada bulan Januari 2016 DS Mukhriz pula telah digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kedah. Pembersihan proksi Tun Mahathir, penama dan pemegang amanahnya adalah satu isyarat yang jelas bagi memberitahu rakyat yang Tun Mahathir tidak lagi mempunyai apa2 pengaruh ke atas UMNO. Tun Mahathir juga disingkirkan dari jawatan Penasihat PETRONAS dan PROTON.

■ TS Mokhzani juga sedang menunggu masa untuk dituduh di mahkamah oleh Suruhanjaya Sekuriti di dalam kes “insider trading” manakala kes terhadap DS Mirzan akan menyusul.

■ Kempen "Selamatkan Malaysia" dan Deklarasi Rakyat bersama Pakatan Rakyat menampakkan liabilitinya seorang yang bernama Tun Mahathir.  Manusia yang terdesak akan melakukan apa saja methodologi yang ada termasuklah menjual maruah dirinya sendiri.