Remaja Ini Mendapat Gelaran Manusia Burung Hantu Kerana Keunikannya.


Setiap orang memiliki ciri-ciri fizikal yang berbeza-beza. Mereka memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing di dalam diri. Ini sebuah video tentang seorang remaja yang viral di media sosial baru-baru ini. Dalam rakaman tersebut, remaja lelaki ini duduk di sebuah kerusi dan kelihatan membelakangi kamera. Dia mengenakan pakaian bergaris warna oren hitam yang dipadankan dengan seluar denim.

Remaja berusia 14 tahun ini bernama Muhammad Sameer dan berasal dari Karachi, Pakistan. Sekilas pandang dia cuma seorang remaja yang biasa-biasa saja. Tiada yang aneh dalam penampilannya. Namun, satu kejadian mengejutkan tiba-tiba terjadi.

Dia memegang kepalanya dengan kedua tangan, lalu memutarkan kepalanya ke belakang sebanyak 180 darjah. Posisi badan Sameer masih membelakangi, tapi wajahnya kini melihat ke arah yang berlawanan.

Muhammad Sameer memutar kepalanya 180 darjah. 

Kemampuannya ini membuat Sameer digelar sebagai manusia burung hantu dimana kebolehanyanya ini tak didapati secara semulajadi. Kejadian bermula ketika dia melihat sebuah filem horor semasa usianya masih 6 atau 7 tahun.
“Saya melihat aktor filem horor Hollywood memutar kepalanya untuk melihat ke belakang. Merasa takjub dengan kemampuan tersebut, saya pun mulai berlatih. Dalam beberapa bulan, saya mampu melakukannya,” kata Sameer pada Daily Mail.

Ada kejadian unik tentang kemampuan Sameer ini.

“Ibu pernah menampar ketika melihat saya melakukan perbuatan ini. Dia memberi amaran supaya saya tidak melakukannya lagi kerana bimbang akan mencederakan leherku sendiri," katanya lagi.



Tapi, dengan peredaran masa, dia sedar bahawa ini adalah bakat dari Tuhan. Berbekal kemampuannya ini, Sameer memasang impian untuk jadi aktor filem horor Hollywood.

Sameer yang telah berhenti dari sekolah dan mulai bergabung dengan kumpulan penari, Dangerous Boy.

Dia bekerja mengumpulkan wang untuk membantu perbelanjaan keluarga setelah ayahnya sakit.

“Saya bekerja untuk membantu keluarga supaya 4 adik dapat bersekolah,” katanya.

Meskipun kelihatan amat mengerikan, Sameer memiliki beberapa peminat setia.

Terbaru, Sameer terus berlatih kemampuan menari dan bersenam agar dapat pekerjaan yang lebih baik.