Tetikus atau mouse adalah aksesori komputer yang wajib Mai guna. Kalau rosak atau tiada, susah juga nak siapkan kerja. Lagi-lagi kalau buat kerja-kerja reka bentuk grafik, memang Mai sangat-sangat perlukan tetikus. Baru-baru ini, Mai beli Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse.
Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse |
Tetikus yang biasa ada bunyi 'klik2' tu kan. Jemu dah guna tetikus jenis macam tu. Kuat bunyi klik2 nya sampai boleh mengganggu orang lain pula heeee. Mai memang sedang mencari tetikus tanpa bunyi. Saja tengok-tengok di laman web Lazada. Lalu, jumpalah tetikus jenama Logitech ini siap dengan silent plus. Tetikus ini Mai beli di Lazada sempena jualan Lazada Online Revolution pada 12 Disember 2017 hari tu. Harganya pun berganda-ganda murahnya ketika jualan tersebut berlangsung. Apa lagi, terus je klik butang Add to Cart.
Diskaun 34% tu! Memang kena belilah. Bila lagi nak dapat harga macam ni kan. Dah lama tengok dia ni. Kali ini baru sempat nak beli hehe.
Cepat juga penghantaran dibuat, barang sampai di rumah dalam tempoh masa yang diberitahu. Dapat je bungkusan terus buka. Teruja nak guna tetikus senyap ni hehe. Tetikus ini diletakkan dalam kotaknya yang dibalut dengan bubble wrap. Jadi, terhindar daripada hentakan dan kerosakan. Alhamdulillah barang selamat sampai.
Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse ini besar juga saiznya tetapi sedap dipegang. Tepi sebelah kiri tetikus ini terdapat alur untuk ibu jari yang membuatkan ia selesa dipegang. Bab bunyi pula, kalau klik masih ada bunyi tapi tidak seperti bunyi yang biasa didengari daripada tetikus biasa yang kuat bunyinya. Tiada bunyi klik yang kuat. Yang ni Mai puas hati. Tekan pun best, smooth je rasa.
Tetikus ini juga masih dapat berfungsi dengan baik walaupun atas permukaan yang kasar. Yang ni Mai dah cuba. Memang betul. Warna pula, selain daripada warna hitam, tetikus ni juga terdapat dalam warna biru dan merah. Kalau tak suka warna hitam, bolehlah pilih warna tu. Yang menariknya tentang tetikus ni adalah ada warranty setahun tau.
Kalau tengok di laman web Lazada, ada pelbagai harga untuk tetikus jenis ini. Pilih yang mana paling murah dan banyak testimoni positif daripada pengguna. Secara keseluruhannya Mai sangat berpuas hati dengan Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse ini. Tak sia-sia belinya.
Sebiji bateri bersaiz AA beralkali jenama GP juga disediakan dalam tetikus tanpa wayar ini. Dah la beli harga murah, dapat bateri percuma lagi tu. Nak jimatkan penggunaan bateri, jangan lupa off kan butang yang ada di bawah tetikus tersebut. Tapi kalau terlupa off, tetikus M330 Silent Plus ini secara automatik akan 'meletakkan dirinya' dalam mod 'tidur' apabila tidak digunakan. Jimat kan? Cara guna pun mudah je. Hanya cucuk Nano Receiver pada USB komputer peribadi atau laptop dan boleh terus gunakannya.
Bahagian bawah tetikus |
Tetikus ini juga masih dapat berfungsi dengan baik walaupun atas permukaan yang kasar. Yang ni Mai dah cuba. Memang betul. Warna pula, selain daripada warna hitam, tetikus ni juga terdapat dalam warna biru dan merah. Kalau tak suka warna hitam, bolehlah pilih warna tu. Yang menariknya tentang tetikus ni adalah ada warranty setahun tau.
Kalau tengok di laman web Lazada, ada pelbagai harga untuk tetikus jenis ini. Pilih yang mana paling murah dan banyak testimoni positif daripada pengguna. Secara keseluruhannya Mai sangat berpuas hati dengan Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse ini. Tak sia-sia belinya.
Anda kalau dah bosan dengan tetikus biasa yang kuat bunyi kliknya, bolehlah cuba menggunakan tetikus tanpa wayar Logitech M330 Silent Plus. Pasti anda puas hati.