(Video) Bahayanya Thirdhand Smoke : Bila Asap Rokok Melekat Pada Permukaan Bahan, Reaksi Kimia Amat Bahaya Untuk Kanak-Kanak


Korang kat mana-mana pun mesti pernah terserempak dengan perokok kan. Tak kisahlah dalam kedai makan, dekat taman permainan atau di tepi jalan. Pantang ada peluang dan ruang, mesti perokok-perokok ini tak kan lepaskan peluang nak 'cucuh' sebatang dua. Lagi menyedihkan kalau perokok tersebut ada dalam keluarga kita sendri. Di rumah yang sepatutnya bebas asap rokok pun dah jadi tak bebas dah.

Bukan sedikit kempen kesedaran yang dibuat, tapi perokok ini memang kebal dari sebarang nasihat. Satu lagi, kita selalu dengar mengenai perkokok aktif dan pasif atau sencondhand smoke, tapi pernah tak dengar mengenai thirdhand smoke? Bahaya ke thirdhand smoke ni? Macam mana pula boleh timbul thirdhand smoke? Kalau korang nak tahu jawapannya, jom sama-sama ikuti perkongsian Dr Khairul Hafidz kat bawah ni.

Tahukah kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?

Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor, yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia.

Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.

Contoh asap melekat di dinding, pakaian atau perabot, lama-lama reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya.

Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk PERSEKITARAN BEBAS ROKOK, bukan hanya orang berhenti merokok.

Kami mahu persekitaran bebas asap rokok dan orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand dan juga thirdhand smoke.