Wanita Ini Habiskan Peperiksaan Kolej Ketika Dalam Wad Bersalin - Berjaya Dapat 3.5 GPA


Tak dapat dinafikan, wanita memang hebat dalam multi-tasking.

Tapi pelajar dalam bidang psikologi ini membawa definisi multi-tasking itu ke tahap yang lebih tinggi apabila dia menyelesaikan ujian akhir kolejnya ketika sedang dalam proses untuk melahirkan anak!

Lebih dramatik, dia berjaya memperoleh GPA 3.5 untuk semester terbabit dan juga seorang bayi lelaki.

Nayzia Thomas, seorang pelajar di Johnson County Community College di Kansas, berjaya menghabiskan ujiannya ketika sedang dalam proses melahirkan anak di hospital.

Ibu kepada Nayzia mengambil satu foto anaknya itu yang sedang menjawab soalan menerusi laptop sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.

Pelajar berkenaan, yang belajar dalam bidang psikologi, mahu menghabiskan peperiksaan akhirnya itu sebelum melahirkan anak. Namun, bayinya itu mahu keluar lebih awal dari tarikh jangkaan.

Bagiamanapun, Nayzia tidak mahu mengalah. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menghabiskan peperiksaan sebelum melahirkan anak.

"Pendidikan sangat penting bagi saya." kata Nayzia.

"Saya tak mahu kelahiran ini menjadi penghalang. Tarikh akhir untuk menghantar hujung minggu ini tapi objektif saya adalah mahu selesaikan semua perkara sebelum bayi keluar."

"Saya fikir: 'sebelum semua jadi tak tentu hala, lebih baik saya cepat dan habiskan benda akhir ini."

Dalam satu kemaskini, Nayzia menulis: "Pada 12/12/17 saya berjaya melahirkan bayi lelaki. Bagaimanpun, saya mengalami pendarahan yang banyak.

"Ia sangat menakutkan, tapi saya berjaya habiskan semester ini dengan 3.5 GPA!" tulis Nayzia.