"SAYA AKAN JAGA IBU DAN KAKAk WAK" - MENYENTUH HATI, NOTA SAYU KEY SHINEE BUAT JONG HYUN.

Hari ini, genap seminggu semenjak pemergian vokalis SHINee, Kim Jong-hyun. Hanya sedih, terkejut menyelubungi perasaan orang ramai yang rata-rata masih tidak dapat menerima berita kematian penyanyi tersebut.

Pastinya, yang paling terkesan adalah ahli kumpulan SHINee sendiri yang sama-sama membesar dan berkongsi banyak kenangan pahit manis bersamanya sejak kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2008. Terbaru, salah seorang ahli SHINee iaitu Key telah berkongsi nota menyayat hati yang ditulis untuk sahabatnya itu. Luahan Key di laman Instagram membuatkan ramai tersentuh hati.

"Hyung. This is Ki Bum~ I sent you off today and even saw your face yesterday, but I still cant believe it. Im sorry for visiting you so late because of work, and Im sorry for not being a source of strength to you when you were
lonely.

You and I were the the two most stubborn members in our group, so we had to do everything we wanted to do. But you did everything you wanted and in the end, you made the decision and you left firstit was really hard at first, but after spending time with only you for the past three days, I think I might understand how you felt."

Dont be too worried that you left before us. I will respect and look after your mom and sister like my own family. Ill miss you for a really long time. Im worried because the person who always took my side at meetings is now gone. You and I talked the most during our meetingsbut now Ill have to get used to not having you here.

Im going to try living a better life, too. When I get older and we meet again, tell me I did well! Jonghyun hyung, you were the best artist, friend, hyung, and colleague to me.

You did well, and I love you so much!

Dalam suratnya itu, Key memohon maaf kepada Jong-hyun kerana gagal hadir sebagai sumber kekuatan kepada sahabatnya.

Selain meluahkan kekecewaannya, Key turut memperincikan persahabatan mereka yang rapat dan menulis, Saya akan merindui awak buat masa yang lama. Lebih menyayat hati, dia juga memberi jaminan kepada Jong-hyun bahawa dia akan mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan kakaknya.

Bukan sahaja Key, malah, seorang lagi ahli SHINee, Onew turut tidak terlepas memberi penghormatan kepada Jong-hyun menerusi suatu mesej yang meruntun hati ramai peminat.