Ujian kehamilan yang dijual di farmasi adalah alat yang digunakan oleh wanita untuk mengetahui jika mereka mengandung ataupun tidak. Terdapat banyak jenis ujian kehamilan yang dijual di pasaran, tapi yang paling biasa digunakan adalah jenis batang yang dapat dicelup atau dimasukkan ke dalam air kencing.
Sesetengah ujian ini dapat mengesan kehadiran hormon HCG yang dihasilkan oleh plasentapada awal kehamilan. Walaupun ia memberi keputusan yang agak tepat, tapi pernah juga berlaku ujian menunjukan keputusan positif tapi wanita itu tidak hamil.
Mari kita baca 7 punca mengapa hal seperti ini boleh berlaku :
#1 Kehamilan Kimia
Kehamilan kimia berlaku jika telur yang disenyawakan, tidak berjaya melekatpada dinding rahim, atau tumbuh pada awal kehamilan.
Ini boleh berlaku atas pelbagai sebab.
Keguguran awal bukanlah salah wanita. Ia mungkin disebabkan masalah dalam rahim, seperti fibroid, tisu parut, atau kecacatan pada rahim seperti mempunyai bentuk yang tidak normal.
Jumlah hormon progesteron yang rendah juga dapat mengurangkan kemungkinan implantasi dan pertumbuhan embrio.
#2 Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik boleh menjejaskan ujian kehamilan yang diambil anda.Kadang-kadang telur yang disenyawa boleh
menanam diri di luar rahim dan menyebabkan kehamilan ektopik.
Kehamilan ektopik boleh berlaku di dalam tiub Fallopion, serviks, ovari, ataupun di dalam abdomenwanita.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang kehamilan ektopik di sini.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang kehamilan ektopik di sini.
Embrio masih akan menghasilkan HCG, walaupun ditanam di tempat yang salah dan inilah yang menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan anda.
#3 Keguguran
Ujian kehamilan mungkin masih akan menunjukkan keputusan positif walaupun wanita itu telah mengalami keguguran. Tahap HCG akan bertambah apabila plasenta membesar semasa kehamilan dan berganda sehingga sekitar minggu ke-10.
Apabila berlakunya keguguran, tahap HCG akan mula turun, tapi prosesnya sangat perlahan. Hormon masih boleh dikesan di dalam darah dan air kencing walaupun 6 minggu selepas keguguran.
#4 Kesalahan Pengguna
Pastikan tarikh luput kit ujian kehamilan anda.Pengguna perlu mengikut arahan serta menyemak tarikh luput pada kotak sebelum menggunakan ujian kehamilan yang dibeli.
Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah melakukan ujian itu terlalu awal dan ini boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Air kencing yang terlalu cair juga boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Masa yang paling baik untuk melakukan ujian kehamilan adalah ketika anda baru bangun tidur, pada waktu pagi.
Masa yang paling baik untuk melakukan ujian kehamilan adalah ketika anda baru bangun tidur, pada waktu pagi.
#5 Garis Penyejatan pada Ujian Kehamilan
Kadangkala garis penyejatan boleh dikelirukan sebagai ujian kehamilan yang positif.
Kebanyakan ujian kehamilan akan menunjukkan dua baris apabila hormon HCG dapat dikesan dan satu baris sahaja apabila HCG tiada.
Kebanyakan ujian kehamilan akan menunjukkan dua baris apabila hormon HCG dapat dikesan dan satu baris sahaja apabila HCG tiada.
Garis tanda positif pada ujian kehamilan biasanya berwarna terang, seperti merah jambu, merah, atau biru.
Jika garisan kedua muncul tapi tak begitu terang, ini boleh menunjukkan kehamilan awal ataupun kekeliruan garis penyejatan yang tidak berwarna.
Jika garisan kedua muncul tapi tak begitu terang, ini boleh menunjukkan kehamilan awal ataupun kekeliruan garis penyejatan yang tidak berwarna.
#6 Ubat-ubatan
Jika anda sedang mendapatkan pertolongan pakar untuk hamil, anda mungkin akan diberi ubat kesuburan.
Salah satunya adalah suntikan HCG sintetik:contohnya Novarel, Pregnyl, Ovidrel, dan Profasi. Fungsi suntikan HCG ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran telur matang.
Salah satunya adalah suntikan HCG sintetik:contohnya Novarel, Pregnyl, Ovidrel, dan Profasi. Fungsi suntikan HCG ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran telur matang.
#7 Penyakit tertentu
Penyakit tertentu juga boleh menjejaskan keputusan ujian kehamilan anda. Antara penyakit tersebut adalah :
- Jangkitan kencing kotor
- Penyakit buah pinggang yang menyebabkan darah atau sel darah putih dalam air kencing
- Sista (cyst) ovari, terutamanya sista korpus luteum
- Penyakit yang lebih serius seperti kanser ovari
- Masalah pituitari (jarang sekali)