AKU, AMNAH DAN KESEPIAN

Pelabuhan Klang: Tiada apa yang aneh dari luar. Seperti kebanyakan rumah setinggan di mana dindingnya kayu papan buruk, tiada tingkap dan dikelilingi semak-samun.
Namun sebaik kaki wartawan Harian Metro melangkah ke dalamnya, terdiam seribu bahasa. CukupBOLEH digambarkan seperti berada di tempat pembuangan sampah-sarap atau pengumpulan barangan lusuh.
Malah, tidak keterlaluan sekiranya keadaan di dalam rumah dilihat seperti sarang penagih dadah.
Itu keadaan rumah berdekatan pekan Pelabuhan Klang yang didiami sepasang suami isteri warga emas iaitu Ismail Sipat, 85, dan isterinya Amnah Alan, 65, sejak lebih lapan tahun lalu.
Seakan-akan tidak percaya selepas melihat sebuah bilik di dalam rumah berkenaan yang bersepah dan dipenuhi periuk, tong gas, bahan makanan, dapur serta pelbagai barangan lain.
Selain dijadikan tempat memasak, turut kelihatan dua tilam buruk dan usang di dalam bilik berkenaan yang dijadikan tempat melelapkan mata mereka.
RUMAH dikelilingi semak-samun menjadi tempat untuk pasangan warga emas berteduh di Klang. FOTO Muhammad Sulaiman
Di bahagian belakang rumah, tiada bilik air mahupun tandas. Namun bau busuk yang menusuk hidung sudah menceritakan bagaimana kedaifan pasangan warga emas berkenaan menjalani kehidupan seharian mereka.
Segenap pelosok rumah dipenuhi sampah-sarap yang dibiarkan sejak bertahun-tahun lamanya.
Ketika wartawan leka menemu ramah Amnah, seekor tikus sebesar lengan tiba-tiba keluar dari celah periuk di dalam bilik, mungkin mencari makanan.
Tikus itu sudah biasa, tetapi sepanjang mak cik tinggal di sini, belum ada lagi binatang berbisa yang dilihat berada di dalam rumah ini.
Bukan tak mahu pindah, tapi kami tak mampu, tiada pendapatan tetap, mak cik cuma kutip botol, pak cik pula kadang-kadang pergi minta sedekah diBANDAR Klang.
Mak cik ada tiga orang anak , dua lelaki dan seorang perempuan. Tapi yang lelaki sudah ke penjara, yang perempuan sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri, katanya sebak.

Amnah Alan (kiri) bersama suaminya, Ismail Sipat. FOTO Muhammad Sulaiman
Keadaan rumah itu dikhabarkan jauh lebih teruk ketika Amnah dan suaminya mula berpindah ke kawasan itu sebelum ini.
Kami dah tua, cuma bersihkan apa yang termampu saja. Mak cik ada penyakit kencing manis dan darah tinggi, pak cik pula ada besi di kakinya akibat jatuh basikal dulu, katanya.
Lebih menyedihkan, kedua-dua warga emas itu tidak mempunyai kad pengenalan dikatakan hilang sejak bertahun-tahun lamanya.
Dalam pertemuan itu, Amnah menyatakan pernah dipelawa untuk tinggal di rumah perlindungan warga emas yang disediakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) namun dia dan suaminya menolak tawaran itu.
Sebenarnya, kami menjaga dua cucu lelaki dan perempuan berusia enam dan 12 tahun. Mereka bersekolah di Puncak Alam dan tinggal di asrama di sana.
Kami bimbang bagaimana mahu menjenguk mereka nanti, bagaimana pula sekiranya mereka mahu pulang ke rumah ini sekiranya kami duduk di rumah orang tua.
Mereka (cucu) kami yang sekolahkan selepas ibu dan bapa mereka bermasalah, kami sangat sayangkan mereka.
Kami diberitahu, sekiranya masuk ke dalam (rumah perlindungan) susah hendak keluar ke mana-mana, katanya.

ISMAIL menyusun botol terpakai untuk dijual. FOTO Muhammad Sulaiman