Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur rasuah dalam pengagihan tiket aksi akhir Piala Malaysia 2017 lapor Sinar Harian!
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk PersatuanBOLA Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar
berkata perkara tersebut telah membersihkan imej mereka.
Bagi beliau, kenyataan tersebut juga telah menghilangkan persepsi negatif yang sering di lontarkan kepada mereka.
Tambah beliau lagi, mereka sedang mengusahakan untuk memperbaiki sistem jualan tiket mereka.
Hal ini bakal di umumkan selepas mereka berjaya menyelesaikan semuanya.
Alhamdulillah siasatan selesai. Terima kasih SPRM keluarkan kenyataan. Terima kasih pihak yang melaporkan, jika tiada laporan maka akan berterusan persepsi negatif yang timbul terutama kepada pengurusan jualan tiket.
Beberapa penambahbaikan berhubung penjualan tiket telah dirancang dan kertas cadangannya telah siap.
Pengumumannya yang pasti menggembirakan peminat terutamanya peminat setia akan diumumkan kelak, katanya.
Sebelum ini ratusan penyokong Kedah tidak berpuas hati apabila 10,000 tiket final Piala Malaysia 2017 diperuntukan buat penyokong itu yang dijual di kaunter tiket Stadium Darul Aman habis dalam tempoh tidak sampai satu jam pada 1 November lalu.
Disebabkan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Shaharol Niza, penyokong telah membuat 5 laporan polis termasuk laporan SPRM dan mendakwa berlaku penyelewengan dalam penjualan tiket tersebut.