Ketua jurulatih Malaysia B23, Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan peningkatan yang di pamerkan anak
buahnya.
Skuad negara berjaya menumpaskan Universiti Hoanam 1-0 dalam aksi kedua di Mokpo, Korea Selatan.
Berkata kepada Sinar Harian, Kim Swee mengakui anak buahnya sudah berjaya mengurangkan kelemahan yang mereka miliki.
Beliau juga berharap anak buahnya mampu untuk mengekalkan konsistensi mereka.
Saya melihat pemain sudah dapat mengadaptasi keadaan cuaca di Korea.
BOLEHdikatakan tidak banyak kelemahan yang begitu ketara dalam perlawanan ini, namun kesebelasan hari ini (Jumaat) perlu lebih yakin terutama mengawal asakan lawan serta bermain dengan mengikut corak kekuatan kita.
Tapi saya akui keserasian pemain-pemain sudah bertambah baik dari dua perlawanan yang telah dihadapi ini, namun saya tetap mengharapkan mereka dapat mengekalkan aksi konsisten bagi mengharungi perlawanan terakhir di Korea pada 28 Disember nanti, katanya.