BILA BUDAK BARU NAK UP...

Bila Budak Baru Nak Up... | Pernah nampak tak budak-budak kecil yang comel mengeluarkan kata-kata tak senonoh tetapi mukanya langsung tak menunjukkan perasaan bersalah? 

Nak marah pun tak boleh sebab budak itu tak faham apa yang diucapkannya... dia ingat kalau hendak tarik perhatian orang untuk mendengarnya dan berkomunikasi dengan orang tua-tua, kena guna perkataan yang orang tua-tua gunakan juga. Itulah budak-budak namanya.

Memang nampak agak melucukan, namun ini menunjukkan ibu bapa serta orang dewasa harus berhati-hati apabila mengeluarkan perkataan tertentu semasa berbual terutama sekali di tempat awam. 

Memang lumrah budak kecil akan menangkap perkataan tertentu yang disebut oleh orang dewasa lalu mengulang balik perkataan tersebut. Kalau ada datuk atau nenek yang lemah jantung di rumah, memang boleh naya dibuatnya.