Nak cuba rasa khasiat susu kambing

Terdetik nak mencuba susu kambing

Korang tahu, kerana baca satu posting artikel  dari Khairul Hakimin dengan kisah en adli dan anaknya yang autisme yang telah menggunakan susu kambing sebagai salah satu cara pemakanan sihat anaknya. Sejak aku baca artikel itulah aku asyik terfikir boleh ke aku ni minum susu kambing ni. hehehe aku memang susah sikit kalau nak minum susu. Dulu ada beli susu anlene tak terminum sampai sekarang. Kalau ada rasa chocolate sikit okay looor.. hehe

lazz susu kambing
Susu kambing berperisa choco
Faktor kedua, kalau ikut sunah nabi sendiri mengamalkan minum susu kambing setiap hari. Apa lagi aku nak sangkalkan kebaikan susu kambing ni kan.
hurmm.. daging kambing dah pandai makan.. sampai tak pandang dah daging lembu. Tambah tambah kambing bakar yer dak. Pergh laju jer. Ini susu.. hurmm terbayangkan bau hamis lah apa lah.. adoi belum apa apa lagi dah tewas.
Pikir punya pikir, sembang punya sembang ternampak iklan susu kambing lazz. Aku terus rasa nak cuba. Eh macam di dorong pulakkan. Aku mulakan dengan lazzcafe dahulu, walaupun sepatutnya aku stop coffee tapi aku tak mahu stop secara drastik. Sebelum ni bancuh kopi heheh boleh tahan pekat, bila aku minum lazz cafe ni agak ringan dan aku rasa bagus untuk membantu aku stop secara perlahan lahan. Kenapa nak stop coffee? Dalam entri aku sebelum ni ada cerita apa sebabnya.
Entri aku sebelum ni kan pasal masalah hemoglobin yang sangat sangat low sampai aku tak boleh derma darah. I is kecewa. Niat dah ada tapi tak kesampaian.  Okaylah aku admit aku ni memang ada control sikit bab makan,  macam daging tu agak kurang sebab aku tak suka kalau terselit kat gigi, buah pulak aku memilih. Sayur pulak sebenarnya akhir akhir aku suka juga makan salad dengan kewpie roasted mayo.  Malangnya itu semua tidak membantu kut dengan faktor umur aku macam nih.

Lazzcafe
Tiba tiba je aku risau, sebab teringat 2 tahun lepas aku pernah check kandungan kalsium aku ni tak berapa membanggakan. ceh.! maknanya macam tak berapa best lah. itulah ayat yang sebenar patut aku gunakan disini hahaha.
Andaian aku,
Iron banyak keluar atau hilang semasa perempuan mengeluarkan haid, sama lah juga dengan kalsium. Jadinya, tak mustahil aku ada masalah kalsium. Fuh.. terus macam rasa gabra . Napa erk aku risau?. Aku rasa aku risau sebab umor aku yang dah 40 and tahun 2018 ni makanya umur 44 lah.. uwaaa.. anak kecik lagi. Nak sihat.. nak sihat.. Sepatutnya aku kena buat check up menggunakan voucher perkeso selewatnya hujung tahun ini. Tapi tinggal dalam 10 hari jer kan.. Bukan apa  aku mengharapkan setelah aku istiqamah amik Iron , Vit C dan susu kambing result kesihatan aku nanti lebih positif.

sumber Dari https://www.webmd.com/osteoporosis/ss/slideshow-osteoporosis-overview

Kesan kekurangan kalsium

Ramai kawan kawan yang dah start sakit lutut, slip disc, heheh di ulangi.. aku ni dah umor 40an makanya cerita cerita bergini dah biasa dengar di kalangan kawan kawan. Kalau dulu setiap kali reunion akan bersembang kisah kerja apa, anak berapa sekarang jumpa pasti cerita pasal sakit macam macam, makan ubat apa berubat kat mana… hahaha.. gitulah kehidupan kita kan. Tak boleh lari dari kehidupan kita.
Setiap kali aku buat research segala benda yang aku nak tahu, aku suka rekodkan di blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan mungkin dapat benefit pada orang lagi juga.
Source yang aku godek ni dari www.globalhealingcenter.com dan https://www.panduansaya.com/

Ringkasan kelebihan susu kambing dari kedua sumber di atas.

  1. Menguatkan Tulang
  2. Ciri – ciri anti radang
  3. Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien
  4. Tingkatkan Metabolisma Badan
    Studies performed by the USDA and Prairie View A&M University link goat’s milk to an increased ability to metabolize iron and copper, especially among individuals with digestion and absorption limitations. Besides drinking goat’s milk, you can also take digestive enzyme supplements to support digestion.
  5. Kesihatan Jantung
  6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
  7. Mencepatkan Pertumbuhan
  8. Mengurangkan Berat Badan
Aku ambil info ini pula dari website susu kambing Lazz. Mai kita hadam sama-sama okay. Maaflah aku ni kadang kadang pelupa, Blog ini lah medium aku untuk simpan segala maklumat. Eh macam buat tesis pulak dengan sumber literature kan.

Khasiat Susu Lazz untuk Golongan Dewasa / Warga Emas

  • Badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan
  • Boleh diamalkan oleh penghidap gastrik dan membantu mengurangkan asma dan lelah.
  • Bersifat Alkali ringan, membantu Membuang Angin dan toksin dari badan yang bersifat asidik.
  • 1 hidangan hanya 90 kalori.boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan.
  • Membantu melawaskan penghadaman. Dan rutin membuang menjadi lebih lancar
  • Membantu mengurangkan simptom yang dihadapi pesakit migrain dan insomnia seperti susah tidur dan kerap pening
  • Pilihan terbaik utk Kesihatan Sistem peranakan kerana tidak mengandungi unsur soya.
  • Boleh diamalkan oleh warga emas yang punyai sakit sendi, kebas-kebas (ambil Lazz Kurma), atau gout.
  • Tidak perlu risau susu bersifat panas kerana susu telah dipasteur tanpa pengawet yang membahayakan kesihatan.
  • Membantu Diet rendah kalori dengan menggantikan santan/ krimer dengan lazz.
Sebenarnya keluaran produk lazz susu kambing ni macam-macam, dan ada kombinasi tertentu untuk kanak, ibu hamil, ibu berpantang & menyusu, malah untuk ikhtiar zuriat