Ciri-ciri perempuan ego

Ciri-ciri perempuan egoTanda perempuan ego tinggi mungkin lebih kurang sama dengan ciri-ciri lelaki ego tinggi yang pernah saya ulas sebelum ini. Bagaimana kita mampu mengenal sifat ego seorang wanita atau dalam entri ini saya akan lebih menggunakan perkataan perempuan justeru kedua-duanya membawa maksud yang tetap sama.

Tanda perempuan ego, perempuan ego, ciri-ciri perempuan ego, ego
Mengapa perempuan terlalu ego dalam sesetengah perkara hidupnya? Adakah layak seorang perempuan digelarkan EGO hanya kerana beberapa sebab yang mungkin tidak berpihak kepada lelaki? Manakala individu yang digelar ego itu sangat tidak jelas bahawa dirinya adalah seorang egois atau hanya melindungi haknya atau juga mempertahankan dirinya daripada keadaan yang tidak memihak kepadanya. Jadi bagaimana kita cara mengenali ciri-ciri perempuan yang ego tanpa sebab kukuh untuk bertindak ego sedemikian rupa.

Situasi perempuan ego


Ego adalah terma agak moden berbanding keras kepala yang agak klasik dalam penulisan entri kali ini. Namun kedua-dua pada pandangan saya adalah sama. Keras kepala bukan bermaksud kepalanya keras tetapi istilah seseorang yang tetap dengan keputusan dan pendiriannya walaupun telah dinasihati, diberi pandangan berkenaan sesuatu perkara yang mungkin mendatangkan risiko dan mudarat ke atas dirinya, orang disekelilingnya atau orang bawahannya atau juga mana-mana orang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, perempuan tersebut ego dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Pada situasi ini adalah sesuai bagi merujuk seorang perempuan yang memiliki kuasa atau kedudukan dalam hirarki sebuah organisasi. Kata-katanya adalah arahan dan muktamad walaupun majoriti tidak menyokongnya.
Manakala dari sudut hubungan antara lelaki dan perempuan pula, istilah ego biasa digunakan untuk merujuk kepada kegagalan seorang perempuan untuk memuaskan hati seorang lelaki sama ada dalam aspek rujuk kembali, akur pada kehendak, kesudian menerima permohonan maaf dan sebagainya. Dari sudut lain, hal ini melibatkan hati dan perasaan dalaman yang mana jika hati perempuan telah disakiti, egonya akan menjadi lebih tinggi daripada biasa dek kerana penilaiannya terhadap situasi yang mungkin tidak menguntungkannya.

Ego juga boleh menyebabkan wabak yang melarat dalam rumah tangga jika tidak diatasi dengan segera. Dengan pasti dalam hubungan sumi isteri pelbagai keputusan perlu dibuat bersama dan harus mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak sama ada lelaki atau perempuan walaupun lelaki adalah ketuanya. Elemen ego boleh mencacatkan suasana semasa proses akhir sama ada menerima atau menolak hasil perbincangan suami isteri. Paling teruk jika isteri berlalu pergi dan tetap dengan pendiriannya.

Ciri-ciri perempuan ego



Tanda perempuan ego boleh dianggap sama dengan tanda lelaki ego kerana keduanya melibatkan keangkuhan seseorang untuk:
  1. idak menerima pendapat orang lain mengenai sesuatu perkara. Bila sudah keras kepala, memang perempuan akan ikut naluri perempuannya sahaja tanpa memperdulikan pendapat orang lain lagi.
  2. Tidak mendengar nasihat orang lain yang rendah kedudukan pangkat darinya. Bila dapat bos perempuan begini, memang menyakitkan hati. Kata-kata dia, dia sahaja yang betul walau hakikatnya orang bawahannya mempunyai pandangan yang berbeza darinya.
  3. Memberontak atas sebab pandangannya ditolak. Ego memakan diri. Memberontak sehingga lari sana sini, cerai sana sini, ikut orang lain dan sebagainya. Apa yang kita lihat mungkin berbeza daripada sisi pandangan orang lain. Mungkin kita mengalami blind-spot tetapi tidak bagi orang lain. Memberontak! Muka masam, kunci pintu bilik, protes tidak menjamu makanan dan banyak lagi cara memberontak yang akan dilakukan.
  4. Menolak hubungan dengan lelaki kerana perbezaan darjat. Darjat dan kedudukan sesekali mengangkat ego seorang perempuan ke atas lebih tinggi. Dia setaraf dan kamu bukan adalah sifat sombong dan bukan ego. Ego apabila kamu berpendapat cara lelaki itu belum cukup memikat hatimu tetapi jika kamu melihat seorang lelaki dengan jijik kerana kedudukan dan darjatnya maka kamu adalah sombong.
  5. Mengingkari larangan suami walau untuk kebaikannya. Seorang isteri wajib menuruti kehendak suami selagi mana bukan kehendak yang akan memudaratkan isteri. Kegagalan isteri mematuhi arahan suami dan berpendapatan suaminya kolot, old fashioned, cara kamu lebih baik dan tetap dengan pendirian kamu boleh menjerumuskan perempuan dalam situasi derhaka kepada suami. Berwaspadalah!


Walau bagaimanapun, jika seorang perempuan tidak melayan sapaan lelaki pada situasi bersendirian, pada lokasi yang tidak selamat bagi perempuan, ego adalah jalan selamat kerana membuatkan seorang perempuan itu menjadi lebih waspada dan tidak memujuk diri untuk termakan pujuk rayu lelaki jahat. Ego adalah sifat yang sangat berguna jika digunakan pada situasi yang betul namun keegoan perempuan jika diletakkan pada saat yang salah akan membahayakan diri sendiri kerana sifat ego tidak mampu melawan kekuatan dan lelaki akan menggunakan kekuatannya apabila egonya tercabar jika perempuan berlebihan menunjukkan sikap egonya. Wallahualam.