Mana tidaknya, Suicide Squad yang dicanang memberi kelainan dalam industri perfileman tersasar jauh dari landasan. Saya fikir mungkin kita tidak patut menghakimi Bright terlalu awal dan memberi Ayer peluang kedua. Tambahan pula, portfolio seni Ayer sebagai pengarah tidaklah seteruk mana.
Malangnya, Bright yang disiarkan di aliran penstriman video Netflix, turut menerima nasib sama dan dikritik hebat sehingga mendapat ulasan negatif sebahagian besar pengkritik dan penonton.
Berkaitan: Filem Superhero Terbaik 2017
Bright mengisahkan dunia yang didiami tiga bangsa iaitu manusia, Elf, dan Orc. Peperangan pada 2,000 tahun lalu menyebabkan golongan ini sehaluan. Dua pegawai polis, Scott Ward dan Nick Jakoby satu-satunya pegawai yang dilantik dari bangsa Orc perlu ditugaskan membuat rondaan malam.
Tidak sehaluan kerana Orc adalah golongan kelas bawahan dan Ward masih meragui Jakoby atas insiden yang pernah berlaku sebelum ini. Walaubagai manapun, mereka terpaksa berkerjasama untuk melindungi Elf dari musuh yang boleh musnahkan dunia.
Bright
Pengarah: David Ayer
Genre: Thriller, fantasy
Pelakon: Will Smith, Joel Edgerton, Noomi Rapace, Lucy Fry, Edgar Ramirez
Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler.
Ulasan Filem Bright di Netflix
Untuk pengetahuan, Bright adalah filem blockbuster pertama yang mengeluarkan bajet USD90 juta, ramai yang menjangkakan ia bakal memberikan santapan berbeza buat penonton. Malangnya, serba-serbi tidak kena dengan filem yang mula ditayangkan pada 22 Disember ini.
Saya tidak menghakimi idea menggabungkan bangsa Orc dan Elf dalam dunia manusia kerana ini adalah filem fiksyen. Cerita rekaan dalam genre fantasi khususnya mempunyai lesen besar dalam mengolah jalan cerita di luar imaginasi.
Filem yang mengetengahkan dua orang polis berkerjasama membanteras jenayah yang tidak sehaluan sudah banyak dihasilkan. Biarpun Bright menyelitkan unsur fantasi, dan meletakkan Will Smith sebagai tunjang utama tidak berupaya menyelamatkannya.
Kelemahan utama Bright terletak pada lakon layar, cerita, dan skripnya. Latar belakang juga tidak kukuh sehingga gagal memberikan kesan jangka masa panjang buat penonton. Malah, setiap babak diisi dengan dialog picisan yang kononnya ingin membuatkan audiens ketawa.
Jika anda seorang pemerhati dan penggemar filem, Bright hanya mengitar semula plot dan aksi yang pernah dipersembahkan sebelum ini.
Mesej yang ingin disampaikan cukup jelas iaitu budaya rasis, perkauman, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakadilan masyarakat masih wujud. Tetapi ia hanya sebuah filem di mana protagonis dihentam bertubi-tubi dan adegan kejar-mengejar yang tidak berkesudahan.
Menyentuh soal lakonan pula, Will Smith berperanan sebagai Will Smith. Tiada yang istimewanya pada lakonan beliau kali ini. Berperwatakan angkuh, lawak sarkastik, tetapi mempunyai naluri kebapaan yang kuat apabila bila menyentuh tentang anak perempuannya. Smith membawakan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini.
Namun, terima kasih kepada jabatan kesan khas, makeup, dan sinematografi yang sekurang-kurangnya menjadikan Bright sedap dipandang. Runut bunyi juga lebih baik dari jalan ceritanya.
Hampir dua jam menontonya, saya simpulkan bahawa tiada pembaharuan dari segi konsep cerita mahupun watak yang tampilkan. It is "been there, done that" kind of movie. Bright adalah karya yang bercita-cita besar tetapi gagal. Ini sekaligus mencemarkan nama baik Netflix yang saban tahun menerbitkan konten original yang berkualiti.