''Dulu Felda, Sekarang 'Failed Dah'," Sebagai Anak Peneroka, Chef Wan Akui Kecewa Dengan Skandal Terbaru FELDA


Kemungkinan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk kehilangan hartanah strategik miliknya dalam satu transaksi pemindahan mencurigakan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah mengejutkan semua pihak termasuklah chef selebriti, Chef Wan.

Chef Wan yang merupakan anak peneroka FELDA berkongsi kekecewaannya melalui satu kemas kini di akaun Instagram dengan caption,

''Dulu Felda, sekarang failed dah''.

Pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail ini turut mendakwa bahawa bahawa peneroka-peneroka tanah FELDA yang lain pasti dan berhak merasa geram dengan skandal terbaru dan pencapaian FELDA pada hari ini.

“Tak rasakan kamu kami berhak geram dan rasa dikhianati?

“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut dan jangan datang beritahu saya, saya tiada hak berasa marah dan tertekan lihat segala pengorbanan arwah ayah, malah saya sendiri waktu remaja ketika membesar di Felda,'' katanya.

Chef Wan pada masa yang sama juga berharap bahawa pihak yang terlibat dalam skandal tersebut dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal kerana mendakwa skandal tersebut telah memalukan imej negara.