Kanak-Kanak Cedera Selepas Terkena Kipas Sedang Berpusing


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun cedera selepas kepalanya terkena kipas angin di bumbung rumahnya, sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa Shahrul Irfan sememangnya seorang yang ceria dan lasak.


Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah naik atas bumbung kereta dan ketika itu kipas angin dibumbung sedang berpusing lalu terkena kepalanya sehingga berdarah dan sayap kipas tersebut patah.

Mangsa yang dikatakan turun dari kereta tersebut lalu mencari ibunya di dapur pada ketika itu.


Selepas seminggu berada di hospital, mangsa dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

Walaubagaimanapun, selepas memakan ubat yang dibekalkan, badan dan muka mangsa keluar biji-biji seperti campak.


Ia berkemungkinan mangsa mengalami alahan terhadap ubat.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulim dan dihantar ke Hospital Penang, namun sudah tidak mampu makan menggunakan mulut dan terpaksa menggunkan wayar melalui hidung.