FAKTA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MUKA BUMI, TEMPAT YANG TERAKHIR DIGELAR PINTU KE NERAKA.


1- Air terjun Guaira, Sempadan Brazil-Paraguay

Loading…
Jika bercakap tentang air terjun, ramai yang mengatakan bahawa Air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sebenarnya, fakta ini silap. Air terjun yang terbesar di dunia ialah Air Terjun Guaira. Ianya dikatakan air tejun yang terbesar di dunia dengan kira-kira 1750000 isipadu air mengalir setiap detik berbanding Air Terjun Niagara yang mengalirkan kira-kira 70000 isipadu per detik. Air Terjun Guaira terletak di sempadan Brazil-Paraguay yang dikenali dengan nama sungai Parana. Pada tahun 1982, Air Terjun Guaira telah menjadi empangan kedua yang terbesar di dunia dalam menghasilkan elektrik yang dikenali dengan nama Itaipu Dam selepas Gorges Gam. EmpanganItaipu Dam ini menghasilkan kira-kira 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil.
2-Iceberg B-15, Antartika

Antartika sememangnya terkenal dengan kesejukannya. Di Antartika, gunung ais B-15 merupakan duning ais yang terbesar telah dicatatkan di dalam sejarah. Dengan keluasan yang mencapai 3100 km, ianya menjadikan keluasannya lebih luas dari Pulau Jamaica. Gunung Ais B-15 terjadi hasil daripada pepecahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000. Pada tahun 2003, Gunung Ais B-15 pecah menjadi beberapa potongan ais dan salah satu darinya hanyut ke utara dan akhirnya hancur di dalam glasier dan dikatakan bongkah ais yang hanyut itu mencapai 8 km. Perkara ini mengakibatkan perubahan besar pada peta Antartika. Sebahagiannya hanyut ke pantai dan pada tahun 2006, ribut taufan telah melanda di Alaska selama 6 hari menyebabkan angin laut yang bertiup mencencah
kelajuan 13.5 km. Setelah hampir satu dekad, pecahan-pecahan ais menjadi semakin banyak dan masih belum cair keseluruhannya.

3-Tasik Don Juan, Antartika

Kalau sebut tempat paling masin di dunia ini, ramai yang akan mengatakan Laut Mati adalah tempat yang paling masin. Sebenarnya, tempat yang paling masin bukanlah Laut Mati,tetapi tempat yang paling masin dan tinggi kandungan garamnya ialah Tasik Don Juan di Antartika. Laut Mati mengandungi garam yang sesuai untuk terapi kesihatan tetapi kemasinan dan ketinggian garam di Tasik Don Juan berbanding Laut Mati ialah 8 kali ganda. Jika dibandingkan dengan laut biasa, kemasinan Tasik Don Juan ini ialah 18 kali ganda lebih masin.
Tasik ini ditemui oleh Lt Don ROe dan Lt John Hickey pada tahun 1961 ketika mereka berdua membuat penelitian di Antartika. Nama Tasik Don Juan diambil dari nama mereka berdua. Suhu tasik ini seperti kawasan biasa di Antartika, iaitu -30 darjah celcius. Namun, ianya tidak pernah membeku seperti tempat lain di Antartika kerana kandungan garamnya yang tinggi.
4-Rotorua, New Zealand

Rotorua merupan sebuah kota di selatan tasik yang sama namanya di Teluk Plenty, di sebuah kepulauan di utara New Zealand. Keunikan kawasan ini ialah terdapat banyak kolam air panas, terutama di Pohutu Geyser di Whakarewarewa. Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan lumpur mendidih. Kawasan ini menjadi unik sehingga banyak pelancong datang melawat kawasan ini.

5- 83-42, Kutub Utara

Kawasan 83-42 ini dipercayai merupakan hanya satu-satunya kawasan tanah di Kutub Utara. Keluasannya hanyalah 35mx15m dan mempunyai ketinggian kira-kira 4 m. Jika dilihat dari atas, ianya ibarat sebidang tanah yang dikelilingi bongkah-bongkah ais. Keunikannya,ketika Kutub Utara diliputi ais, tanah ini langsung tidak kelihatan. Kawasan ini ditemui ketika tahun 1998.
6-Socotra, Yaman

Socotra merupakan kawasan yang paling aneh di dunia. Bermula dari bentuk pokok yang merupai sarang makhluk asing a.k.a alien. Kawasan ini sangat kering berbanding yang lain. Oleh kerana keunikannya, tanamannya dikenali dengan nama yang cukup aneh, iaitu Dragons Blood Tree atau Pokok Darah Naga. Bentuknya sangar pelik iaitu hampir menyerupai seperti piring. Socotra juga merupakan antara kawasan yang menjadi Warisan Peninggalan Dunia.
7- The Great Dune of Pyla, Perancis

seperti yang kita maklumkan bahawa di Eropah, tidak terdapat gurun, tetapi hanya terdapat bukit pasir yang biasa sahaja. Sebenarnya, tanggapan ini salah. Di Eropah, terdapat bukit pasir yang sangat unik yang dikenali dengan nama The Great Dune Of Pyla. Ianya mempunyai kepanjangan sepanjang 3 km, dan lebarnya pula 500 m, dan 100 m ketinggiannya. Bukit pasir ini sangat cura, dan sebahagiannya mengadap hutan. Kawasan ini terkenal dengan aktiviti paragliding. Selain keunikan bukit pasir, ianya juga memiliki pemandangan yang indah. Dari atas bukit itu, kitaBOLEH melinat akan laut dan hutan. Ianya boleh dilihat dari jauh kerana ketinggiannya lebih tinggi dari pokok di hutan.
8-Kawah Meteor, Amerika syarikat

Kawah ini terbentuk hasil daripada hentaman meteor yang dikatakan berlaku kira-kira 50000 tahun lalu pada zaman Pleistonace. Ianya terletak kira-kira 69 km timur Flagstaff, berhampiran dengan Winslow di Gurun Utara Arizona. Pada zaman dahulu, ianya merupakan sebuah padang yang luas dan hutan yang dihuni oleh gajah mammoth, dan pelbagai haiwan lain. Kemudian dihemtam oleh meteor yang mengandungi besi nikel. Hentaman itu membuat kawah seluas 50 meter.
9-Gunung Roraima, Venezuela, Brazil, Guyan

Gunung Roraima ini berbeza dari guning-gung yang lain. Gunung batu ini unik kerana bentuknya seperti meja yang berada di awan. Ketinggiannya pula mencecah 400m. Salah satu cara untuk mencapai puncak ini ialah menggunakan tangga yang dibuat oleh kerajaan Venezuela. Cara yang lain tidak digalakkan kerana kebiasaannya dilakukan oleh pemanjant gunung. Disana, hujan hampir turun setiap hari. Pelbagai tanaman dterdapat di atasnya.
10- Pintu ke neraka, Turkmenistan

Kawasan ini dinamakan Pintu Neraka kerana kawahnya selebar 70 m itu sentiasa mengeluarkan api sejak 35 tahun yang lalu. Pada tahun 1971, sekumpulan ahli geologi pergi ke kawasan itu untuk mencari gas. Namun apa yang berlaku ialah semburan api keluar secara terus menerus dan membakar segala peralatan mereka. Sejak dari itu, para geologi tidak berani turun ke kawasan itu.