2017 hampir menghampiri penamatnya dan 2018 pula tidak sabar menanti. Sudah pasti setiap tahun baru kita akan memasang azam supaya tahun baru 2018 nanti lebih bermakna dan berusaha mencapai kejayaan.
Mungkin masuk tahun baru ni ada yang telah lama menyimpan duit dan berazam untuk menukar barangan perabot yang telah lama usang atau ada juga yang nak beli perabot untuk rumah baru atau menambah perabot yang sedia ada.
Namun pemilihan perabot ini kadang-kadang memangBOLEH membuatkan sesiapa pening kepala. Macam-macam harus difikirkan iaitu saiz ruang rumah, susun atur dan yang paling penting rupa bentuk selepas membeli perabot baru.
Sebab itu bagi yang ingin membeli perabot perlu ada perancangan rapi supaya tidak pula menyesal setelah membeli perabot yang diidamkan.
Oleh itu kami kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu untuk memilih perabot yang diidamkan.
1. Tema Dan Gaya
Setiap orang inginkan gaya mereka tersendiri dalam pemilihan perabot. Ada pelbagai konsep sebagai contoh moden, vintaj, minimalis dan sebagainya. Semuanya
tergantung pada citarasa anda sendiri.
2. Warna Pilihan
Pastikan warna rumah dinding anda sesuai dengan perabot yang ingin dibeli. Perabot yang warnya neutral adalah lebih fleksible malah ianya senang dipadankan dengan apa saja warna dinding.
3. Keluasan Ruang
Ini biasa berlaku apabila pemilik rumah malas mengukur setiap ruang utama rumah seperti ruang tamu, bilik tidur atau pun dapur. Jangan pilih saiz perabot dengan teknik 'agak-agak'.
4.Kualiti Perabot
Tak semestinya perabot rumah perlu mahal. Jika anda ingin menggunakan sofa yang sama untuk jangka masa yang lama tak salah sekiranya melaburkan lebih sedikit untuk sofa yang selesa dan berkualiti.
5. Keselamatan
Bagi yang mempunyai anak kecil perlu menitik beratkan ciri keselamatan seperti ketinggian, berat, bucu-bucu tajam serta aspek kebersihan sama ada habukBOLEH melekat atau tidak
6. Survey
Sebelum membeli tinjau terlebih dahulu kedai-kedai perabot dan segi rekabentuk dan harga. Setiap kedai sudah pasti mempunyai pilihan yang tersendiri. Beri masa kepada diri sendiri secukupnya untuk buat pilihan supaya tidak ada penyesalan nanti selepas membeli.
Bukan mudah nak beli perabot sebenarnya tapi jangan risau kalau anda berkunjung ke MY HOME EXHIBITION. Kenapa tak perlu risau kerana semuanya ada dekat MY HOME EXHIBITION pada 12 - 14 Januari 2018 ini di Level CP3 Sunway Pyramid Convention Centre 11 pagi hingga 9 malam.
Banyak pilihan perabot yangBOLEH anda tengok dan gunakan tips yang diberi tanpa perlu bersusah payah kerana semuanya dibawah satu bumbung! Kalau nak beli barangan elektrik ada jenama seperti Sharp dan Hitachi. Nak beli tilam ada jenama-jenama besar sepeti King Koil, Dunlopillo, Slumberland dan macam-macam lagi.
Bagi wanita pula mesti teringin nak miliki jenama seperti Kitchen Aid, ataupun vakum Dyson. Kiranya semua jenama yang berkualiti seperti Robam, IBG, Nesh, Cuckoo, ELK pun ada di MY HOME EXHIBITION.
Pada 12 dan 13 Januari, andaBOLEH membida barangan kesukaan anda di bawah harga pasaran hanya di MY HOME EXHIBITION ni. Sangat berbaloi! Bermula dari pukul 6 petang pengunnjung boleh membida TV, Iphone X, Samsung Galaxy Note 8 dan kipas jenama Dyson. Jangan lupa untuk sertai bidaan ini mana tahu boleh dapat barangan ini dengan harga jauh lebih murah!
Selain itu, jangan lupa untuk daftarkan diri anda dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti Samsung Galaxy Note 8, Gintell Torsoball, barangan Hello Kitty dan juga tiket konsert Jay Chou!
Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah dalam Cabutan Bertuah sepanjang 3 hari MY HOME EXHIBITION ini berlangsung. Yang berbelanja RM500 ke atas juga dijamin untuk dapat hadiah menarik seperti Hello Kitty Cold Drink Cup, vakum jenama Deerma, termos serta payung dwifungsi untuk dibawa pulang.
Nak hadiah lagi hebat? Anda juga berpeluang memenangi sebuah kereta baru jenis Mini Countryman dengan hanya menyertai peraduan.
Fuh, memang berbaloi sungguh kalau dapat menang semua hadiah yang disediakan. Jangan lupa untuk kunjungi MY HOME EXHIBITION pada 12 hingga 14 Januari 2018 di Sunway Pyramid Convention Centre.