Hanya empat hari yang lalu
Huawei Enjoy 7S dilancarkan untuk pasaran China. Semalam Honor yang merupakan sub-jenama Huawei melancarkan sebuah lagi peranti baru iaitu
Honor 9 Lite. Peranti nirbingkai 18:9 ini dilengkapi empat kamera seperti yang ditemui pada
Huawei
Nova 2i sebelum ini.

Dari
segi spesifikasi Honor 9 Lite dilengkapi skrin 5.65″ IPS LCD FHD+,
dijana pemproses Kirin 659, memori sebesar 3/4 GB dan storan 32/64GB.
Dwi-kamera 13+2 Megapixel digunakan di hadapan dan belakang peranti.
Bateri yang digunakan pula sebesar 3000 mAh tanpa sokongan pengecasan
pantas. Akhir sekali Honor 9 Lite menggunakan Android Oreo dengan
pelancar EMUI 8. Harga jualan peranti ini bermula dari
RMB 1,199 (~RM 693) sebuah.