Instagram mempunyai sokongan
permesejan peribadi yang dinamakan Direct – membolehkan anda berkongsi
teks, gambar, video dan sebagainya. Kini, menambah ciri baru padanya,
Instagram telah membolehkan perkongsian video siaran langsung dilakukan
terus menggunakannya.
Melalui ciri baru ini, pengguna boleh berkongsi video siaran langsung milik mereka sendiri melalui Direct, atau turut memilih untuk berkongsi video
siaran langsung yang sedang ditonton oleh mereka.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menonton sesuatu siaran langsung bersama rakan-rakan lain dengan lebih mudah.
Seperti biasa, penerima hanya boleh menontonnya sekiranya siaran langsung masih sedang berlangsung – dan tidak boleh melakukannya selepas ia tamat.
Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram bermula hari ini.