Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak. Apa sahaja yang berubah terhadap anak-anak kita perlu tahu dan awasi. Jika sudah melarat nanti payah pula nak membentuknya kembali.
Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita adalah punca mengapa tingkah laku anak-anak semakin biadap terhadap ibu bapa. Kekurangan perhatian, masa bersama dan belaian menyebabkan mereka ini semakin jauh dengan kita.
Dr Taufiq Razif, telah berkongsi beberapa punca mengapa anak-anak mudah untuk jadi biadap yang perlu diketahui oleh ibu bapanya.
1. Tengah Fasa Egocentric
Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.
2. Anak Rasa Tak Selamat
Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :
I. Fight ▶ melawan. Ni la antara punca biadap
II. Flight ▶ dia akan jadi penakut dan pasif
III. Freeze ▶ anak jadi konfius dan pendiam
3. Pengaruh Eksternal
Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.
4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk
Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!
5. Mirroring
Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!