New York: Di rumahnya, semua barangan elektrik keperluannya berjalan seperti biasa tanpa masalah tapi apa yang membuatkan kepalanya pusing adalah bil elektrik rumahnya.
Mary Horomanski dikenakan caj sebanyak US$28bil (RM114 bilion) oleh Penelec, penyedia elektrik di kawasan terbabit.
"Mata saya 'tercabut keluar' dari kepala," kata wanita berusia 58 tahun itu kepada Erie Times-News menjelaskan perasaan terkejutnya apabila melihat bil itu di secara atas talian.
"Kami ada pasang lampu krismas dan buat saya tertanya-tanya mungkin puncanya saya pasang lampu-lampu secara salah.
"Kalau saya tak salah, ianya mungkin lagi banyak dari hutang negara," tulis Horomanski dalam satu postFACEBOOK dengan nada bergurau.
Jurucakap syarikat Penelec berkata mereka tidak pasti apa yang menyebabkan ralat itu berlaku.
"Saya tak pernah tengok bil mencecah bilion dollar," kata jurucakap Mark Durbin sambil menambah: "Kami sangat berterima kasih kerana pelanggan itu sanggup menyampaikan masalah terbabit kepada kami.