Kes Bunuh Stesen Minyak Taman Pelangi, Kereta BMW Putih Ditemui Di Ladang Sawit Tanpa Nombor Plat


27 Dis - Pihak polis telah menemui kereta BMW putih yang dipercayai digunakan oleh suspek-suspek dalam kes pembunuhan kejam yang berlaku di stesen minyak Taman Pelangi baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader berkata kenderaan tersebut telah ditinggalkan terbiar di sebuah ladang kelapa sawit di Air Baloi, Pontian selepas kes pembunuhan tersebut.


"Kereta itu ditemui tanpa nombor plat," katanya ketika sidang media pada Rabu.

Menurut beliau, dua senjata yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan tersebut telah ditemui oleh orang awam pada pukul 3 petang, pada Selasa 26 Disember.

"Kami masih mencari tiga lagi suspek untuk mebantu siasatan kes ini," katanya

Kes pembunuhan in telah mendapat perhatian netizen apabila video rakaman ketika kejadian telah tersebar ke laman sosial.

Polis mengesahkan punca kematian adalah disebabkan mangsa ditikam.