Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid. | Assalamualaikum wbt. Selepas kita menjalani pembedahan tiroid tak kiralah total thyroidectomy (membuang kedua-dua belah kelenjar tiroid) atau hemithyroidectomy
(membuang hanya sebelah kiri atau kanan kelenjar tiroid), mesti akan
wujud luka di leher kita. Luka tersebut adalah kesan dari 'torehan' yang
dilakukan oleh pakar bedah untuk mengeluarkan kelenjar bermasalah yang
telah dikenalpasti. Kesan luka ini jugak akan meninggalkan parut di
leher kita. Tapi, depend jugak. Ada orang parut tak nampak pun,
tapi ada orang memang nampak kesan parutnya. Macam cikla, parut tak
berapa nampak sangat.
Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid. Sumber Google. |
Kenapa tiba-tiba cikla cerita pasal luka ni semua? Ini adalah kerana,
pengurusan kesakitan selepas pembedahan iaitu luka itu sendiri adalah
sangat penting. Rasa sakit selepas pembedahan atau acute pain yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesakitan berpanjangan iaitu chronic pain walaupun luka pembedahan sudah baik.
Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid.
Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya rasa sakit itu boleh berkekalan walaupun penyakit sudah lama sembuh. Rasa chronic pain
ini memang lain dari rasa sakit biasa. Kalau rasa sakit biasa tu kita
boleh nampak penyebabnya, tak kiralah sama ada ia disebabkan oleh tisu
luka, bengkak atau patah). Tapi, chronic pain memang kita tak kan nampak penyebabnya even doktor sekalipun.
Korang mesti tak akan sangka yang pesakit boleh 'melompat' kesakitan
walaupun kawasan tersebut hanya disentuh perlahan. Ouch... Tapi,
kadangkala kalau kita tak sentuh atau tersentu sekalipun, ia tetap boleh
rasa sakit, iaitu rasa seperti kulit terbakar, dicucuk jarum atau
direnjat elektrik. Kenapa pulak jadi macam tu ye? Kalau korang nak tau,
tempat atau kawasan yang cedera atau luka tu bukan lagi kulit atau otot,
tetapi ia melibatkan saraf. So, saraf yang cedera sebenarnya dan ia
menjadikannya terlalu sensitif dan rangsangan impuls pun jadi tak
menentu.
Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid. Sumber WomenWorking.com |
Kalau tisu badan yang cedera atau luka, rasa sakitnya mungkinlah mudah
diuruskan. Tapi, kalau saraf yang cedera? Nak-nak pulak ia terjadi
akibat dirangsang kesakitan setelah sekian lama, memang agak sukar untuk
dirawat. Kalau yang ni (rasa sakit) memang cikla mengakui dan pernah
mengalaminya. Memang kadang-kadang, cikla rasa macam mencucuk dan pedih
di tempat luka/parut yang dah baik tu. Tapi, takdelah rasa sakit sangat.
Adalah sesekali dia muncul...
Ramai orang cakap produk BIO-OIL bagus untuk hilangkan parut. Memang betul tu. Cikla dah share pasal ni pun sebelum ni. Memang bagus BIO-OIL ni tau.
Ramai orang cakap produk BIO-OIL bagus untuk hilangkan parut. Memang betul tu. Cikla dah share pasal ni pun sebelum ni. Memang bagus BIO-OIL ni tau.
Semoga bermanfaat.