MARA muktamadkan jual hartanah di Melbourne
24 DIS:MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) memuktamadkan penjualan hartanah 333 Exhibition Street di Melbourne, Australia pada harga A$37.5 juta (RM118 juta).
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan
bahawa hartanah itu diambil alih pada 2013 melalui pemilikan 100 peratus pegangan saham Carlton Garden Pte Ltd pada harga A$31.0 juta (RM97.57juta).
Ini adalah penjualan hartanah kedua MARA Inc. di Australia dan urusan penjualan dikendalikan oleh Jones Lang Lasalle (VIC) Pty Limited (JLL), firma ejen hartanah terkenal di Melbourne.
Bangunan 333 Exhibition berkeluasan 6,528 meter persegi merangkumi enam tingkat ruang pejabat, kata syarikat itu.
Kenyataan itu juga mneyebut MARA Inc berbuat demikian sebagai langkah menyahut saranan kerajaan dalam menggalakkan syarikat tempatan menjana pendapatan daripada pelaburan di luar negara untuk dilaburkan dalam projek tempatan, sekaligus menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia.