PENEMUAN TERBAHARU CEBISAN TULANG, WARIS MH17 SUARAKAN KEBIMBANGAN

Penemuan terbaharu cebisan tulang, waris MH17 suarakan kebimbangan

24 DIS: Warisnahas udara pesawat MH17 menuntut semua pihak menghormati mayat mangsa kerana bimbang dijadikan bahan mainan susulan penemuan beberapa tulang pada awal bulan ini.
Wartawan bebas Patrick Lancaster menerusi video YouTube pada 11 Disember lalu mendedahkan penemuan 52 tulang dan mayat
di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine.

Serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 2014. (foto fail).
Video itu juga menunjukkan dia menggali mayat dari tapak kemalangan yang dilitupi salji.
Bagaimanapun, penemuan terbaharu itu meragukan keluarga dan Yayasan MH17 yang meminta sisa mayat segera diserahkan untuk pengecaman dan dikembalikan kepada waris.
Persekitaran penemuan itu sedikit mencurigakan.
Sisa mayat ditemui betul-betul di mana pasukan penyiasat bersama menggali tanah, dan menapisnya. Tak mungkin di tempat itu ada banyak mayat manusia.
Ia nampak seperti seseorang menyimpan mayat manusia dan menyerahkannya kemudian, dan mandapat publisiti,kata pengerusi yayasan, Piet Ploeg yang dipetik dari AFP.
Penerbangan Malaysia Airlines MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru.
Namun pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh masih belum dihukum sehingga ke hari ini.