Seorang penduduk, Waliyul Amri Wahab berkata, dia mengetahui kejadian itu pagi tadi selepas dihubungi oleh sepupunya yang tinggal berdekatan.
Tambahnya lagi, ketika tiba disitu terdapat hanya tiga penduduk di lokasi kejadian dan dia terus mengubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Ketika dia tiba disitu hanya tiga orang sahaja yang ada dan pihak polis belum lagi tiba. Menurut beliau, pada mulanya seorang wanita yang sedang mengutip siput menemui rangka tersebut.
“Pada bahagian kiri baju itu tertulis Zamil Offshore dan ada rakan saya kata ia adalah pakaian pekerja syarikat pelantar minyak yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan luar pesisir dan marin terbesar dari Timur Tengah,” katanya kepada Sinar Harian.