Senggugut Dengan Sering Didahului Dengan Penyakit 'Endometriosis' Antara Tanda-Tanda Rahim Rosak Diusia Muda - Dr Hamid Arshat


Rahim adalah anggota badan yang ada pada perempuan untuk membezakannya dengan lelaki. Rahim mempunyai fungsi tersendiri dalam menghasilkan zuriat dan penyambung keturunan untuk pasangan yang berkahwin. Oleh itu, rahim adalah organ yang perlu diberi perhatian khusus oleh wanita.

Masalah kerosakkan rahim kini bukanlah isu kesihatan untuk mereka yang sudah pun menghampiri usia emas. Sebaliknya kini, ada juga wanita-wanita yang baru menginjak usia awal 20-an sudahpun menderita masalah tersebut. Menurut Dr Hamid Arshat, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rahim seseorang itu rosak. Beliau juga turut berkongsi tanda-tanda yang perlu diberi perhatian oleh wanita bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kepada kerosakkan rahim.

Kami bawakan perkongsian lanjut beliau untuk anda di bawah.

SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.

1. Penyakit tumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an.

Zaman sekarang dalam umur 20-an pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar ketumbuhan tersebut.

2. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis.

Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.

Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan / atau berpanjangan. Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.

3. Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.

Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.

4. Kedua-dua jenis ketumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada.

5. Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.

6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.

Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayur dan buahan. Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk. Mereka pujuk dengan memberi junk food.

Kesan buruk ialah kegemukkan dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit.

Fibroids


Fibroid, bulat ketumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisu otot lain.


ADENOMYOSIS. Berkeping-keping ketumbuhan dan merosak hampir semua tisu-tisu otot rahim.


Adenomyosis telah merosakkan seluruh rahim.


MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK KECIL.