POLIS CEDERA PENANGAN BOXING DAY

DUA angota polis cedera semasa rusuhan di pusat membeli-belah Westfield semasa jualan sempena Boxing Day.

Tujuh individu ditahan dalam kejadian itu
selepas polis dikejarkan ke pusat membeli-belah terbabit.
Beberapa kedai turut ditutup sehingga keadaan berjaya dikawal.
Polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.34 petang bergegas ke Westfield, Stratford, timur London.
Rusuhan itu berjaya disuraikan dengan penahanan tujuh individu terlibat atas pelbagai kesalahan dan beberapa bilah pisau turut ditemui.
Gambar kejadian itu turut menjadi tular di media sosial.
Dua anggota polis menerima rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan ringan.
Arahan Seksyen 60 turut dikeluarkan terhadap pusat membeli-belah itu sehingga pukul 10.30 malam.