Resipi Kentang Putar Tersedap, Anak Comfirm Makan Sampai Licin!

Mashed potato atau kentang putar menjadi antara menu yang digemari oleh anak-anak. Boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai menu pelengkap saat menikmati ayam panggang, chicken chop dan sebagainya.  
Rasanya yang lemak dan teksturnya yang halus juga cukup memberi rasa keterujaan untuk sesiapa pun menikmati hidangan nan satu ini.  
Jadi apa kata,  hari ini anda sediakan mashed potato ini sebagai antara menu istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga.
Namun jika ini adalah percubaan pertama anda,  ada baiknya follow saja resipi yang dikongsi oleh Muhammad Hanif Ismail Via MAHN ini.

Resipi Mashed Potato
Bahan-bahan:
Kentang
Susu tepung
Mentega
Cara buat :
1. Kulit kentang di kupas dan kemudian dipotong.
2. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan mentega ikut citarasa.  Lebih banyak mentega, maka lebih lemak rasanya.
4. Lenyek kentang dan masukkan susu tepung.  Gaul rata.
5. Adunan yang diadun sempurna dan bolehlah diketepikan.
Bahan untuk  sos:
2 ulas bawang besar-dikisar
Sedikit majerin
Serbuk lada hitam secukup rasa
1 kiub pati ayam
Sedikit tepung gandum
Sedikit kicap untuk memberi warna sos
Garam secukup rasa
Cara penyediaan sos :
1.  Kisar bawang hingga halus.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
4. Pekatkan kuah sos dengan sedikit tepung.  Sedia untuk dinikmati.