SANGGUP BERHABIS RM10,000 MELAMAR DI LAPANGAN TERBANG

Cheung Chan Choon melamar Yew Kar Yee disaksikan orang ramai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.  Foto oleh Farhan Najib

Cheung Chan Choon melamar Yew Kar Yee disaksikan orang ramai di Lapangan
Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Foto oleh Farhan NajibIPOH, 24 Dis Seorang lelaki sanggup berhabis RM10,000 dan mengambil masa enam bulan merancang 'drama' untuk melamar teman wanitanya di lapangan terbang di sini hari ini.
Cheung Chan Choon, 30, berpura-pura kononnya ditahan penguat kuasa kerana memiliki bahan terlarang di lobi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ketika dia dan kekasihnya Yew Kar Yee, 20, merancang ke Singapura sempena cuti Hari Natal.
Beberapa minit kemudian, pekerja kedai optik itu kembali semula ke lobi memakai kostum juruterbang, melutut, dan menghulurkan sebentuk cincin kepada Yew.
Menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu, Cheung berkata rancangan dibuat sejak Jun lalu dan mahu menjadikannya sebagai detik yang tidak akan dilupakan.

Dengan bantuan syarikat videografi, Cheung 'berpakat' dengan pihak berkuasa lapangan terbang dan merancang percutian palsu ke negara jiran.