SIBUK, TUNGGU GAJI PUNCA LAMBAT BELI BARANG SEKOLAH

Nur Rifqah Imtiyaz Norhisham, 9, (kanan) bersama ibunya Ibtisam Azmi sibuk memilih pakaian sekolah ketika tinjauan persiapan persekolahan di sekitar ibu kota semalam.  Foto Bernama
Nur Rifqah Imtiyaz Norhisham, 9, (kanan) bersama ibunya Ibtisam Azmi sibuk memilih pakaian sekolah ketika tinjauan persiapan persekolahan di sekitar ibu kota semalam. Foto BernamaKUANTAN, 28 DisRamai ibu bapa membuat persiapan membeli barangan keperluan sekolah anak-anak mereka di saat-saat akhir sebelum sesi persekolahan 2018 bermula minggu depan.
Tinjauan Bernama di beberapa kedai menjual pakaian sekolah mendapati premis berkenaan menerima kunjungan pelanggan yang agak ramai, meskipun
semalam merupakan hari bekerja.
Bagi Zaiton Ali, 49, yang merupakan kakitangan kerajaan berkata beliau membuat persiapan untuk dua anaknya yang akan memasuki Tahun Lima dan Tingkatan Satu pada saat-saat akhir kerana menunggu gaji.
Saya memilih untuk membeli pada hari bekerja kerana tidak mahu bersesak dengan orang ramai memandangkan minggu lalu adalah hujung minggu yang panjang cuti umumnya, katanya semasa ditemui di sebuah pasar raya di sini, semalam.
Seorang lagi ibu, Zikamsah Taib, 38, mengakui kelewatan membuat persiapan persekolahan tiga orang anaknya yang akan menginjak ke Tahun Empat, Tingkatan Satu dan tadika ialah kerana kesibukan masa.
Katanya, untuk tahun ini, beliau membeli pakaian baharu kepada semua anaknya supaya mereka tidak berasa ketinggalan berbanding rakan-rakan selain menaikkan semangat untuk ke sekolah.
Kami hanya berpeluang membawa anak-anak keluar membeli pakaian sekolah pada saat-saat akhir kerana kekangan masa.
Ini pun kami meminta kebenaran majikan untuk keluar sebentar kerana bimbang tidak sempat jika ditangguhkan lagi, katanya.
Beliau berkata antara manfaat apabila membuat persiapan saat akhir ialahBOLEH membandingkan harga dengan rakan-rakan yang selesai membeli-belah supaya beliau boleh membuat pilihan yang lebih baik.
Sementara itu, kerenah Wan Nur Syaza Humaira Wan Ahmad Jalauluddin, 5 tahun, yang teruja kerana kali pertama membuat persiapan untuk ke sekolah tahun ini, mencuit hati pelanggan di pasar raya itu.
Ibunya Siti Juwairiah Mohd Razali, 36, berkata mereka baharu sahaja selesai membuat pendaftaran di Tadika Kemas Sungai Soi, di sini semalam dan terus membeli barangan keperluan seperti tudung dan beg sekolah.
Dia rasa seronok sebab nak masuk sekolah. Saya pun seronok juga kerana ini pengalaman pertama saya untuk menghantar anak ke sekolah memandangkan ini anak sulung, katanya.
Sementara itu, penyelia sebuah pasar raya di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata mereka sudah menjangkakan kehadiran pelanggan lebih ramai pada dua minggu terakhir cuti persekolahan.
Kita sudah mula menjual barangan keperluan persekolahan pada harga promosi bermula seawal Disember lalu dan selalu menambah stok kerana tidak mahu ibu bapa berasa kecewa jika barangan itu habis.
Kami jangka masih ada ibu bapa yang belum membuat persiapan pada minggu akhir ini berdasarkan pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya, katanya.