Hari ini , sudah satu hari berlansung pelaksanaan penempatan semula hentian bas Medan Pasar yang kini berperanan hanya sebagai hentian bas sahaja.
Jika sebelum ini hentian Medan Pasar ini menjadi tempat bas berhenti dan dan "parking" , dan berperanan sebagai "Hentian Akhir Bandar" namun kini bas bas yang terbabit dengan hentian ini hanya boleh mengambil dan menurun kan penumpang sahaja.
Ini ada lah salah satu peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ia itu selain meningkat kan peranan transportasi awam , SPAD juga harus mencari kaedah memudahkan kedua pengguna dan pihak memberi servis sepereti syarikat bas bas.
Rasional nya berkenaan tindakan ini ,Hentian bas Medan Pasar telah di kenal pasti sebagai penyebab kesesakan lalu lintas dan menjadi "bottle neck" kepada pelancaran laluan trafik sekitar nya.
Menurut maklumat SPAD lebih kurang 50 bas dari Syarikat Omnimbus Co Bhd dan syarikat Setara jaya Sdn Bhd.
Bas yang terlibat dari Syt Omnumbus ada lah yang melalui route atau laluan nombor 100, 103, 104, 107, 120, 121 & 122, sementara dari Syt Setara Jaya ada lah laluan 151 and 152.
Bas bas ini akan mengakhiri perjalanan mereka di Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin di Sinar Kota yang lebih sesuai dan selesa.
Maklumat berkenaan hal ini telah pun di beri kepada penumpang dan pengguna bas di sekitar Lebuh Pudu dan Medan Pasar sepanjang minggu sebelum pelancaran perubahan ini.
Di berita kan kakitangan SPAD dan kedua syarikat bas terbabit telah membantu melancarkan perubahan ini agar ia berjalan tanpa sebarang gangguan.
Maka dengan penempatan ini , kini terdapat sejumlah 3 HAB dalam pusat bandar Kuala Lumpur , ia itu HAB Munshi Abdullah yang memberi khidmat koridor Ampang, ,HAB Pasar Seni yangas memberi servis kepada laluan Lebuh Raya Persekutuan dan Jalan Klang Lama dan HAB Lebuh Pudu yang mana kini memberi servis kepada destinasi Ceras , Sg Besi , Jln Ipoh dan Jalan Pahang.
Untuk maklumat , HAB Lebuh Pudu juga ada lah tempat di mana syarikat bas Nadi Putra ,Syarikat Seri Indah dan RapidKl.
Orang ramai serta pengguna boleh menghubungi hotline SPAD 1-800-88-7723 ataumelalui facebook.com/SPAD.my atau twitter di @SPADchannel atau terus ke sesawang di www.spad.gov.my untuk maklumat lanjut.
Orang ramai juga boleh terus menghubungi syarikat Selangor Omnimbus di talian 03-6258 1579 atay bsyarikat Setara di talian 03-4021 7692.