Tolong Berhenti Popularkan Mereka Yang Mempermainkan Agama Dan Tukar Jantina Ni - Kakak Dato' Aliff Syukri


26 Dis - Pertalian darah sebagai adik-beradik tidak bererti dua individu mesti mempunyai pandangan yang sama.

Jika si adik nampak cukup terbuka untuk menerima pelbagai ikhtiar atas tiket pemasaran produk beliau, lain pula pandangan si kakak.

Noor Hayati Kamarzaman, kakak kepada pengasan produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri, menerusi satu kemas kini di laman Instagram beliau, meminta agar pengguna laman sosial berhenti mempopularkan individu yang jelas secara terbuka mempermainkan agama.

"Kita menggalakkan lagi mereka untuk bersaing,cerita siapa yang lebih tular. Itu yang mereka nak dan remaja-remaja yang sedang mencari identiti diri, akan terikut," katanya dalam posting tersebut.


Netizen yang tertarik dengan kenyataan Hayati tersebut telah memenuhi ruangan komen dengan memuji pendirian beliau itu, namun masih ada yang tidak berpuas hati dan berpendapat tindakan Aliff Syukri yang merakamkan lagu duet dengan Nur Sajat sebagai strategi pemasaran.

Noor Hayati yang merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berkata, dia sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Yang salah tetap salah. Keluar dari perut yang sama belum tentu sikap pun sama," jelasnya

"Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik," tulisnya.