XIAOMI MI A1 KINI MENYOKONG PENGECASAN PANTAS MELALUI ANDROID OREO BETA

Xiaomi Mi A1 ialah peranti pertama Xiaomi yang menggunakan Android One. Melalui sistem operasi ini, kemaskini akan hadir lebih pantas berbanding sebelum ini. Ia antara peranti kegemaran kami kerana pelancar hampir Android Asli serta harga jualan yang amat mampu milik untuk spesifikasinya. Tetapi ia mempunyai satu kekurangan iaitu tiadanyasokongan pengecasan pantas.
Xiaomi Mi A1Ini adalah mengecewakan kerana pemproses Snapdragon 625 yang digunakan sebenarnya menyokong QuickCharge 3.0. Menurut laman Telecomtalk, peranti Mi A1 yang menggunakan Android Oreo Beta kini menyokong pengecasan pantas. Sekiranya dahulu waktu mengecas sepenuhnya mencecah 2 jam, ia kini hanya mengambil masa hanya 92 minit.
Tidak diketahui mengapa pengecasan pantas tidak disertakan sejak dari awal. Besar kemungkinan pengeluar tidak membayar lesen untuk menggunakan teknologi QuickCharge kepada Qualcomm.